Bagaimana boleh saya memahami maksud Tuhan untuk hidup saya?
Soalan: Bagaimana boleh saya memahami maksud Tuhan untuk hidup saya?
Jawapan:
Terdapat dua mata penting mengetahui maksud Tuhan bagi sesuatu keadaan (1) Pastikan apa yang kamu minta dan hendak buat tidak bercanggah dengan ajaran Kitab Injil. (2) Pastikan apa yang kamu minta dan hendak buat akan memberi kemuliaan kepada Tuhan dan membantu kamu bertumbuh dalam rohaniah. Jika kedua-dua mata itu benar dan Tuhan masih tidak memberi apa yang kamu mahu – maka adalah mungkin Tuhan tidak bermaksud mengizinkan apa yang kamu inginkan. Ataupun kamu hendak menunggu lebih lama menanti maksud Tuhan menjadi ketara. Mengetahui maksud Tuhan kadang-kadang susah. Orang hendak Tuhan memberitahu mereka apa yang perlu dibuat – kerja di mana, tinggal di mana, kahwin dengan siapa dan sebagainya. Roma 12:2 kata, “Janganlah kamu menjadi serupa dengan dunia ini, tetapi berubahlah oleh pembaharuan budimu, sehingga kamu dapat membedakan manakah kehendak Tuhan: apa yang baik, yang berkenan kepada TuhN dan yang sempurna.”
Tuhan jarang beri kita informasi yang terus dan spesifik. Tuhan benarkan kita membuat pilihan bagi perkara-perkara tertentu. Pilihan yang tidak dibenarkan oleh Tuhan ialah pilihan yang menentang Tuhan dan berdosa. Tuhan mahu kita membuat pilihan yang seiring dengan maksud Tuhan yang baik. Jadi, bagaimana kamu boleh mengetahui maksud Tuhan untuk kamu? Jika kamu berjalan rapat dengan Tuhan dan benar-benar mahu mematuhi maksud Tuhan – Tuhan akan menaruhkan maksudNya ke dalam hati kamu. Mata penting ialah mempunyai keinginan mengikut maksud Tuhan, bukan maksud kamu sendiri yang berdosa. “Percayalah kepada TUHAN dan lakukanlah yang baik, diamlah di negeri dan berlakulah setia,dan bergembiralah karena TUHAN; maka Ia akan memberikan kepadamu apa yang diinginkan hatimu.”(Mazmur 37:3-4). Jika Kitab Injil tidak membantah apa yang kamu mahu dan ia secara ikhlas boleh memanfaatkan rohaniah kamu – maka Kitab Injil memberi kamu “kebenaran” membuat pilihan dan mengikut hati kamu sendiri bagi perkara-perkara tertentu.
Balik kepada laman bahasa Melayu
Bagaimana boleh saya memahami maksud Tuhan untuk hidup saya?
|