settings icon
share icon
Soalan

Mengapa Allah mengutus Yesus ketika itu? Mengapa tidak lebih awal? Mengapa tidak lebih lewat?

Jawapan


“Tetapi pada saat yang tepat, Allah mengutus AnakNya sendiri ke dunia. AnakNya itu dilahirkan oleh seorang wanita dan hidup di bawah Taurat (Galatia 4:4). Ayat tersebut menyebutkan Allah Bapa menghantar anakNya “setelah sampai masanya.” Banyak hal yang berlaku ketika abad pertama secara penaakulan manusia nampaknya waktu itu ideal bagi kedatangan Kristus. Hal tersebut merangkumi:

1) Dalam kalangan golongan Yahudi ketika itu, ada jaminan yang tinggi bahawa Mesiah akan datang. Penjajahan Rom ke atas Israel menjadikan golongan Yahudi menanti kehadiran Mesiah.

2) Rom telah menyatupadukan sebahagian besar dunia dalam pemerintahannya, memberi kesan penyatuan wilayah. Lagipun, disebabkan kekaisaran yang aman damai itu, orang-orang Kristian awal dapat menyebarkan Injil, hal itu mustahil berlaku pada zaman-zaman yang lain.

3) Jika Rom menakluk secara ketenteraan, Yunani pula menakluk budaya. Bentuk Bahasa Yunani yang “umum” (berbeza dengan bahasa Yunani klasik) merupakan bahasa perdagangan dan digunakan di seluruh pemerintahan sehingga memungkinkan komunikasi Injil itu terhadap pelbagai lapisan orang.

4) Fakta bahawa banyak berhala tidak mampu memberi kemenangan ke atas Rom menyebabkan ramai orang membuang berhala mereka. Pada masa yang sama, di kota-kota yang lebih berbudaya falsafah Yunani dan ilmu pengetahuan pada zaman itu telah menyebabkan kekosongan rohani sepertimana yang ditinggalkan oleh pemerintah komunis yang ateis pada zaman baru.

5) Agama-agama misteri zaman itu menitikberatkan Allah-Penyelamat dan menuntut persembahan darah dari penyembahNya, dan disebabkan itu tidak dapat menjadikan penyembah mempercayai Injil Kristus yang bercakap tentang penyembahan paling besar. Orang-orang Yunani mempercayai pada jiwa yang kekal (bukannya tubuh).

6) Tentera Rom merekrut anggota pasukannya dari provinsi-provinsi, memperkenalkan mereka pada budaya Rom dan pelbagai idea (seperti Injil) yang belum disebarluaskan ke provinsi pedalaman. Pada mulanya Injil diperkenalkan oleh pihak Inggeris, tentera Kristian yang bermarkas di sana.

Sekali lagi pernyataan-pernyataan di atas berasaskan pandangan manusia tentang zaman dan spekulasi mengapa titik sejarah tertentu merupakan waktu yang sesuai bagi kedatangan Kristus. Tetapi kita mengetahui jalan Allah melangkaui jalan kita dan hal-hal ini boleh jadi ya ataupun bukan, merupakan alasan mengapa Dia memilih masa tersebut. untuk menghantar anakNya.Dalam konteks Galatia 3 dan 4, ternyata Allah berusaha meletakkan landasan melalui hukum Taurat golongan Yahudi yang bersedia dengan kedatangan Mesiah. Taurat yang dimaksudkan, bertujuan membantu orang-orang menyedari betapa dalamnya dosa mereka (dengan ertikata mereka tidak mampu mentaati Taurat) sehingga siap sedia menerima ubat dosa di dalam Yesus, Mesiah (Galatia 3:22-23; Roma 3:19-20). Hukum Taurat turut berfungsi sebagai “pembimbing” (Galatia 3:24) yang membimbing umat dalam Yesus sebagai Mesiah. Hal ini terlaksana dengan adanya ramalan tentang Mesiah yang digenapi oleh Yesus. Ditambah dengan sistem pengorbanan yang memperlihatkan perlunya korban dosa dan bersifat sementara (setiap korban selalunya memerlukan korban lain pada masa lain). Sejarah Perjanjian Lama turut menggambarkan gambaran tentang peribadi dan karya Kristus menerusi pelbagai peristiwa dan hari raya (contohnya kerelaan Abraham mengorbankan Ishak, atau Paskah ketika keluar dari Mesir, dll)

Yang terakhir, Kristus datang pada masa penggenapan ramalan khusus. Daniel 9:24-27 menyebutkan tentang “tujuhpuluh minggu” ataupun “tujuhpuluh tujuh.” Dalam konteks ini, “minggu” dan “tujuh” merujuk kelompok tujuh tahun, bukannya tujuh hari. Semasa orang menganalisis sejarah dan menyenaraikan isi-isi penting dari enam puluh Sembilan minggu yang pertama (minggu ke tujuh puluh akan berlaku kelaknya). Penghitungan tujuh puluh minggu dimulakan dengan “sebaik sahaja Firman itu dikeluarkan, bahawa Yerusalem akan dipulihkan dan dibina semula” (ayat 25). Perintah ini diberikan oleh Artahsasta pada tahun 445 S.M (rujuk Nehemia 2:5). Setelah 7 “tujuh” ditambah 62 “tujuh” atau 69 x 7 tahun, bahawa “akan disingkirkan seseorang yang telah diurapi, tanpa kesalahan apa-apa. Maka hadirlah rakyat seorang raja akan menjahanamkan kota dan tempat kudus itu” dan akhirnya dengan “air bah” (yang dimaksudkan ini ialah kebinasaan yang dahsyat) (ayat 26). Dalam hal ini kita dapat merujuk jelas kepda kematian Juruselamat di atas salib. Seabad yang lalu dalam bukunya, The Coming Prince, Sir Robert Anderson memperhitungkan dengan terperinci tentang enam puluh sembilan minggu tersebut, dengan menggunakan “tahun-tahun ramalan”, dengan memperhitungkan tahun kabisat, salah tarikh, perubahan dari S.M ke A.D, dll. serta merumuskan bahawa enam puluh sembilan minggu terakhir berlaku pada hari Yesus memasuki Yerusalem dengan megah lima hari sebelum kematianNya. Adakah orang akan menerima hitungan waktu ini atau tidak, faktornya waktu inkarnasi Yesus itu berkaitan dengan ramalan yang terperinci, catatan Daniel pada lima ratus tahun sebelumnya.

Masa inkarnasi Yesus begitu tepat sehingga umat-umat pada zamannya bersedia dengan kedatanganya dan mereka yang hidup sesudah zaman itu mendapatkan bukti yang cukup bahawa Yesus seorang Mesiah yang dijanjikan. Dia menggenapi Alkitab yang menggambarkan dan meramalkan kedatanganNya dengan terperinci.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Mengapa Allah mengutus Yesus ketika itu?Mengapa tidak lebih awal?Mengapa tidak lebih lewat?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries