settings icon
share icon
Soalan

Bagaimanakah orang-orang Krsitian harus mendisiplinkan anak-anak mereka? Apakah yang dikatakan Alkitab?

Jawapan


Memang sangat sulit untuk mempelajari cara-cara untuk mendisiplinkan anak-anak, tetapi perkara ini amat penting. Beberapa orang berkata cara pendisiplinan contohnya merotan, sebagai satu-satunya cara yang dipersetujui oleh Alkitab. Orang lain menegaskan jenis hukuman yang tidak melibatkan sentuhan fizikal sebagai lebih berkesan. Apakah yang dikatakan oleh Alkitab? Alkitab mengajar disiplin fizikal itu bersesuaian, menguntungkan dan diperlukan.

Jangan salah faham—kami sama sekali tidak menyokong penderaan kanak-kanak. Seorang anak tidak boleh diberi tindakan disiplin secara fizikal sehingga mengakibatkan kecedaraan fizikal. Namun menurut Alkitab, pendisiplinan fizikal yang bertepatan dan terkawal ke atas anak-anak merupakan satu perkara yang baik dan menyumbang kepada pembentukan sihat seorang anak.

Banyak ayat Firman Tuhan yang menyokong pendisiplinan fizikal. “Jangan menolak didikan dari anakmu ia tidak akan mati kalau engkau memukulnya dengan rotan. Engkau memukulnya dengan rotan, tetapi engkau menyelamatkan nyawanya dari dunia orang mati.” (Amsal 23:13-14; lihat juga 13:24; 22:15; 20:30). Alkitab sangat menegaskan kepentingan disiplin; ianya sesuatu yang mesti ada pada semua kita sekiranya kita mahu menjadi orang-orang yang produktif dan ianya mudah dipelajari ketika kita masih muda. Kanak-kanak yang tidak didisiplinkan biasanya akan membesar menjadi seorang pemberontak, tidak mempunyai rasa hormat terhadap peraturan dan undang-undang dan akibat daripada itu sukar untuk mentaati dan mengikuti Tuhan dengan rela hati. Tuhan sendiri sering menggunakan disiplin untuk memperbetulkan kita, menuntun kita di jalan yang benar dan mendorong kita untuk bertaubat daripada perbuatan-perbuatan kita yang salah (Mazmur 94:12; Amsal 1:7; 6:23; 12:1; 13:1; 15:5; IYesaya 38:16; Ibrani 12:9).

Ibubapa perlu memahami nasihat Firman Tuhan berhubung pendisiplinan untuk dapat menerapkannya dengan betul menurut prinsip-prinsip yang diajarkan oleh Alkitab. Kitab Amsal mengandungi banyak sekali nasihat tentang mendidik dan membesarkan anak-anak contohnya, “Tongkat dan teguran mendatangkan hikmat, tetapi anak yang dibiarkan mempermalukan ibunya.” (Amsal 29:15). Ayat ini menggariskan akibat apabila anak-anak tidak didisiplinkan iaitu ibubapa akan mendapat malu. Pendisiplanan mestilah digunakan untuk kebaikan anak dan tidak boleh digunakan untuk membenarkan penderaan dan layanan buruk terhadap anak. Kita sama sekali jangan menggunakannya untuk melampiaskan kemarahan dan kekecewaan kita.

Disiplin digunakan untuk memperbetul dan melatih orang untuk berjalan di jalan yang betul. “Memang tiap-tiap ganjaran pada waktu ia diberikan tidak mendatangkan sukacita, tetapi dukacita. Tetapi kemudian ia menghasilkan buah kebenaran yang memberikan damai kepada mereka yang dilatih olehnya.” (Ibrani 12:11). Pendisiplinan Tuhan itu mengasihi, demikian juga seharusnya di antara ibubapa dan anak. Pendisiplinan fizikal tidak boleh digunakan sehingga menyebabkan kecederaan dan kesakitan yang berpanjangan. Pendisipilinan fizikal haruslah sentiasa disusuli dengan menghiburkan dan meyakinkan anak-anak bahawa dia sangat disayani. Inilah masa yang paling sesuai untuk mengajar anak-anak tentang Tuhan yang mendisiplinkan orang kerana kasih-Nya kepada kita, dan selaku ibubapa itulah yang kita lakukan terhadap anak-anak kita.

Dapatkah pendisiplinan dalam bentuk lain seperti “penggantungan” digunapakai dan bukannya pendisiplinan jasmani? Beberapa orang ibubapa mendapati anak-anak mereka tidak memberi respon yang baik kepada pendisiplinan fizikal. Mereka mendapati “penggantungan”, larangan atau mengambil/menjauhkan sesuatu daripada anak-anak adalah lebih berkesan dalam mendorong perubahan tingkah laku pada diri anak-anak. Sekiranya demikian, maka ibubapa dipersilakan untuk menggunakan kaedah yang terbaik yang diperlukan untuk mengubah perilaku anak-anak. Sementara tidak dapat dinafikan bahawa Alkitab menyokong pendisiplinan fizikal, sebenarnya Alkitab lebih mementingkan sasaran pendisiplinan iru sendiri iaitu pembentukan perwatakan yang baik dan bukannya kaedah yang digunakan untuk mencapai sasaran tersebut.

Perkara menjadi semakin rumit apabila pihak pemerintah mula mengklasifikasikan semua bentuk pendisiplinan fizikal sebagai penderaan kanak-kanak. Ramai ibubapa tidak merotan anak-anak mereka kerana takut akan dilaporkan kepada pihak pemerintah dan menghadapi risiko anak mereka diambil daripada mereka. Apakah yang perlu dilakukan pihak ibubapa apabila pemerintah menjadikan pendisiplinan fizikal satu kesalahan di sisi undang-undang? Menurut Roma 13:1-7, ibubapa perlu tunduk kepada pemerintah. Sesebuah kerajaan tidak boleh bercanggah dengan Firman Tuhan, dan secara Alkitabiah pendisiplinan fizikal dilakukan untuk kebaikan anak-anak. Bagaimanapun memelihara anak-anak dalam keluarga di mana mereka menerima sedikit bentuk pendisiplinan adalah jauh lebih baik berbanding kehilangan anak-anak kepada “penjagaan” pihak kerajaan.

Dalam Efesus 6:4, bapa-bapa diberitahu agar jangan menimbulkan kemarahan di dalam hati anak-anak mereka. Sebaliknya mereka perlu mendidik mereka dalam ajaran dan nasihat Tuhan. Membesarkan anak-anak “dalam ajaran dan nasihat Tuhan” melibatkan pendisiplinan fizikal terkawal bermotifkan kasih dan bertujuan untuk memperbaiki.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Bagaimanakah orang-orang Krsitian harus mendisiplinkan anak-anak mereka? Apakah yang dikatakan Alkitab?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries