settings icon
share icon
Soalan

Dapatkah kita melihat dan mengenal sahabat-sahabat dan ahli keluarga kita di syurga?

Jawapan


Ramai orang berkata perkara pertama mereka mahu lakukan di syurga adalah melihat sahabat-sahabat dan ahli keluarga yang telah mendahului mereka. Dalam kekekalan akan ada banyak masa untuk melihat, mengenal dan meluangkan masa bersama sahabat-sahabat dan ahli keluarga kita. Bagaimanapun itu bukanlah tumpuan utama kita di syurga. Akan ada lebih banyak masa kita dalam menyembah Tuhan dan menikmati keindahan syurga. Perjumpaan semula dengan orang-orang yang kita kasihi akan dipenuhi imbasan kembali terhadap anugerah dan kemuliaan Tuhan dalam kehidupan kita, tentang kasih-Nya yang luarbiasa dan perbuatan-perbuatan-Nya yang besar. Kita akan lebih bersukacita sebab kita dapat menyembah Tuhan bersama dengan orang-orang percaya yang lain, terutama sekali bersama dengan orang-orang yang kita kasihi semasa di bumi.

Apakah yang dikatakan Alkitab tentang mengenali orang-orang di sebalik kehidupan ini? Raja Saul mengenal Samuel apabila dukun wanita di Endor itu memanggil Samuel keluar dari dunia orang mati (1 Samuel 28:8-17). Ketika bayi Daud meninggal, Daud berkata, “Aku yang akan pergi kepadanya, tetapi ia tidak akan kembali kepadak” (2 Samuel 12:23). Daud menganggap dia akan mengenal anaknya di syurga. Dalam Lukas 16:19-31, Abraham, Lazarus, dan orang kaya semuanya dapat dikenali selepas kematian. Di gunung kemuliaan, Musa dan Elia dapat dikenali (Matius 17:3-4). Melalui contoh-contoh ini Alkitab memberikan petanda bahawa kita akan dapat saling kenal mengenali selepas kematian.

Alkitab berkata apabila tiba di syurga, kita akan “menjadi sama seperti Dia, sebab kita akan melihat Dia dalam keadaan-Nya yang sebenarnya.” (1 Yohanes 3:2). Sama seperti tubuh pertama kita berasal dari manusia pertama Adam, demikian juga tubuh kemuliaan kita akan menjadi sama dengan tubuh Kristus (1 Korintus 15:47). “Sama seperti kita telah memakai rupa dari yang alamiah, demikian pula kita akan memakai rupa dari yang syurgawi. Karena yang dapat binasa ini harus mengenakan yang tidak dapat binasa, dan yang dapat mati ini harus mengenakan yang tidak dapat mati.” (1 Korintus 15:49, 53). Ramai orang mengenali Yesus selepas kebangkitan-Nya (Yohanes 20:16, 20; 21:12; 1 Korintus 15:4-7). Jikalau Yesus dapat dikenali dalam tubuh kebangkitan-Nya, kita juga akan dikenali dalam tubuh kemuliaan kita. Dapat melihat dan berjumpa orang-orang yang kita kasihi merupakan satu aspek penuh kemuliaan di syurga, tetapi syurga jauh lebih banyak bercakap tentang Tuhan, dan sedikit tentang kita. Betapa indah dan nikmat-Nya kelak apabila dapat berkumpul dengan orang-orang yang kita kasihi dan menyembah Tuhan bersama dengan mereka.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Dapatkah kita melihat dan mengenal sahabat-sahabat dan ahli keluarga kita di syurga?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries