settings icon
share icon
Soalan

Bagaimanakah saya boleh mengetahui apakah kebolehan rohani saya?

Jawapan


Sememangnya tiada formula ghaib atau ujian kebolehan rohani yang boleh memberitahu kita dengan tepat kurnia daripada Roh Tuhan kepada kita. Roh Kudus mengagihkan kurnia-kurnia-Nya seperti yang dikehendaki-Nya (1 Korintus 12:7-11). Pada masa yang sama, Tuhan tidak mahu kita jahil berkenaan dengan cara Dia hendak kita melayani-Nya. Masalahnya ialah kita mudah terperangkap dengan kebolehan rohani sehinggakan kita hanya mahu melayani Tuhan dalam ministri yang kita rasa kita diberikan kebolehan rohani untuk melakukannya. Cara ini bukan cara kebolehan rohani sepatutnya digunakan. Tuhan menyuruh kita melayani-Nya dengan patuh. Dia akan melengkapi kita dengan segala kebolehan rohani yang kita perlukan untuk melaksanakan tugas yang diberikan oleh-Nya.

Mengenal pasti kebolehan rohani kita boleh dilakukan melalui pelbagai cara. Ujian kebolehan rohani boleh membantu kita memahami kebolehan rohani kita tetapi kita tidak boleh bergantung sepenuhnya padanya. Pengesahan daripada orang lain juga membantu kita melihat kebolehan rohani kita. Orang lain yang memerhatikan kita melayani Tuhan boleh mengenal pasti kebolehan rohani yang kita gunakan tanpa kita sedari. Doa juga penting. Hanya seorang sahaja yang mengetahui kurnia daripada Roh Tuhan kepada kita dan orang itu ialah pemberi kebolehan rohani kepada kita – Roh Kudus. Kita boleh meminta Tuhan menunjukkan kepada kita kebolehan rohani yang diberikan-Nya kepada kita supaya kita boleh menggunakan kurnia-kurnia ini dengan lebih baik bagi kemuliaan-Nya.

Ya, Tuhan memanggil sesetengah orang menjadi guru dan memberikan mereka kebolehan mengajar. Tuhan memanggil sesetengah orang menjadi hamba dan memberkati mereka dengan kebolehan membantu orang lain. Walau bagaimanapun, mengetahui kebolehan rohani kita dengan spesifik tidak memberi kita alasan untuk tidak melayani Tuhan dalam bidang yang tidak berkaitan dengan kebolehan kita. Adakah bermanfaat untuk mengetahui kebolehan rohani yang diberikan oleh Tuhan kepada kita? Sudah tentu ya. Adakah salah untuk menumpukan begitu banyak tumpuan ke atas kebolehan rohani kita sehingga kita hilang peluang lain untuk melayani Tuhan? Ya! Jika kita benar-benar ingin melayani Tuhan, Dia akan melengkapi kita dengan kebolehan rohani yang kita perlukan.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Bagaimanakah saya boleh mengetahui apakah kebolehan rohani saya?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries