Apakah masa kesengsaraan? Bagaimanakah kita tahu masa sengsara akan mengambil masa selama 7 tahun?




Soalan: Apakah masa kesengsaraan? Bagaimanakah kita tahu masa sengsara akan mengambil masa selama 7 tahun?

Jawapan: Masa kesengsaraan adalah satu masa selama tujuh tahun di masa depan di mana Tuhan akan menamatkan pendisiplin-Nya ke atas Israel dan membawa penghukuman terakhir ke atas dunia yang tidak percaya. Gereja yang terdiri daripada semua orang yang percaya dan berharap kepada peribadi dan karya yang telah diselesaikan Kristus untuk menyelamatkan mereka daripada dihukum kerana dosa, tidak akan hadir pada waktu ini. Gereja akan dipindahkan dari bumi dalam satu peristiwa yang dikenali sebagai pengangkatan (1 Tesalonika 4:13-18; 1 Korintus 15:51-53). Gereja selamat daripada murka yang akan datang (1 Tesalonika 5:9). Hari kesengsaraan ini disebut juga dengan nama lain dalam Firman Tuhan seperti ‘Hari Tuhan’ (Yesaya 2:12; 13:6-9; Yoel 1:15; 2:1-31; 3:14; 1 Tesalonika 5:2), hari kesengsaraan besar, yang merujuk kepada bahagian kedua daripada tujuh tahun yang lebih teruk (Matius 24:21); waktu kesesakan (Daniel 12:1; Zefanya 1:15) dan waktu kesusahan bagi Yakub (Yeremia 30:7).

Pengertian terhadap Daniel 9:24-27 adalah penting untuk memahami tujuan dan masa berlakunya masa kesengsaraan. Bahagian Firman ini bercakap tentang 70 minggu yang telah diisytiharkan terhadap “bangsa” Daniel. Bangsa Daniel adalah bangsa Yahudi, negara Israel, dan Daniel 9:24 bercakap tentang masa yang Tuhan telah berikan“untuk melenyapkan kefasikan, untuk mengakhiri dosa, untuk menghapuskan kesalahan, untuk mendatangkan keadilan yang kekal, untuk menggenapkan penglihatan dan nabi, dan untuk mengurapi yang maha kudus.” Tuhan mengisytiharkan “tujuh pujuh kali tujuh” tahun untuk menggenapi semua ini. Ini merupakan 70 tujuh tahun, atau 490 tahun. Ini diteguhkan di tempat lain dalam bahagian kitab Daniel. Dayat ayat 26 dan 26, Daniel diberitahu messias akan disingkirkan selepas “keenam puluh dua kali tujuh masa” (jumlah semua 69), bermula dengan perintah yang telah dikeluarkan untuk membangun semula Yerusalem. Dalam kata lain, 69 kali tujuh tahun (483 tahun) selepas perintah untuk membangun semula Yerusalem dikeluarkan, messias akan disingkirkan. Sejarawan Alkitab mengesahkan selama 483 tahun berlalu sejak dikeluarkan perintah untuk membangun semula Yerusalem kepada tahun di mana Yesus telah disalibkan. Semua kesarjanaan Kristian-apapun pandangan mereka tentang perkara-perkara terakhir (eskatologi)-mempunyai pandangan yang sama seperti di atas berhubung 70 minggu Daniel.

Dengan 483 tahun telah berlalu sejak perintah membangun semula Yerusalem kepada penyingkiran messias, terdapat satu masa selama 7 tahun lagi yang perlu digenapi seperti yang tertulis dalam Daniel 9:24: “untuk melenyapkan kefasikan, untuk mengakhiri dosa, untuk menghapuskan kesalahan, untuk mendatangkan keadilan yang kekal, untuk menggenapkan penglihatan dan nabi, dan untuk mengurapi yang maha kudus.” Masa tujuh tahun terakhir ini dikenali sebagai masa kesengsaraan -ini adalah masa di mana Tuhan menyelesaikan penghukuman ke atas Israel kerana dosa-dosanya.

Daniel 9:27 memberikan beberapa penekanan kepada tujuh tahun masa sengsara: “Raja itu akan membuat perjanjian itu menjadi berat bagi banyak orang selama satu kali tujuh masa. Pada pertengahan tujuh masa itu ia akan menghentikan korban sembelihan dan korban santapan; dan di atas sayap kekejian akan datang yang membinasakan, sampai pemusnahan yang telah ditetapkan menimpa yang membinasakan it.” Peribadi yang disebut dalam ayat ini merupakan peribadi yang Yesus gelar “Pembinasa keji berdiri di tempat kudus” (Matius 24:15) dan disebut sebagai “binatang” dalam Wahyu 13. Daniel 9:27 berkata binatang itu akan membuat satu perjanjian selama 7 tahun, tetapi di pertengahan minggu (3 1/2 tahun dalam masa sengsara), dia akan melanggar perjanjian itu dan menghentikan upacara korban. Wahyu 13 memberitahu binatang itu akan meletakkan patungnya di dalam bait Allah dan menuntut dunia untuk menyembahnya. Wahtyu 13: 5 berkata ini akan berjalan selama 42 bulan iaitu selama tiga setengah tahun. Memandangkan Daniel 9:27 berkata ini akan berlaku di pertengahan minggu, dan Wahyu 13: 5 berkata binatang akan melakukan ini selama 42 bulan maka mudah untuk mendapat jumlah masa 84 bulan atau tujuh tahun. Lihat juga Daniel 7:25 di mana “satu masa dan dua masa dan setengah masa” (masa=1 tahun; dua masa=2 tahun; setengah masa=1/2 tahun; jumlah of 3 1/2 tahun) juga merujuk kepada “masa kesengsaraan,” bahagian terakhir daripada tujuh tahun apabila binatang itu akan memerintah.

Untuk rujukan tambahan tentang masa sengsara,rujuk Wahyu 11:2-3 yang bercakap tentang 1260 hari dan 42 bulan, dan Daniel 12:11-12 yang bercakap tentang 1290 hari dan 1335 hati. Hari-hari ini mempunyai rujukan kepada pertengahan masa sengsara. Tambahan hari dalam Daniel mungkin mengambil kira hari-hari terakhir untuk penghukuman ke atas bangsa-bangsa (Matius 25:31-46) dan untuk mendirikan Kerajaan seribu tahun Kristus (Wahyu 20:4-6).



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah masa kesengsaraan? Bagaimanakah kita tahu masa sengsara akan mengambil masa selama 7 tahun?