Hukum Kristian
 
 

Adakah Kristian dikehendaki mematuhi hukum-hukum di dalam Kitab Zabur?



Soalan: Adakah Kristian dikehendaki mematuhi hukum-hukum di dalam Kitab Zabur?

Jawapan: Langkah penting untuk memahami isu ini ialah mengetahui bahawa hokum-hukum Kitab Zabur adalah diberi kepada Negara Israel dan bukannya kepada Kristian. Sebahagian daripada hukum-hukum itu ialah untuk membolehkan orang Israel mematuhi dan memuaskan syarat-syarat Tuhan (contohnya Sepuluh Perintah Tuhan), ada juga hukum yang mengajar orang Israel bagaimana menyembah Tuhan (sistem penyembahan), ada juga hukum yang membezakan Israel daripada bangsa-bangsa lain (peraturan makanan dan baju). Tiada lagi hukum Kitab Zabur yang mesti dipatuhi oleh Kristian masa kini. Bila Yesus mati di atas Salib, Dia mengakhirkan keberkesanan undang-undang Kitab Zabur (Roma 10:4; Galatia 3:23-25; Efesus 2:15).

Penggantian kepada undang-undang Kitab Zabur, kita adalah di bawah undang-undang Kristus (Galatia 6:2), iaitu “Bertolong-tolonganlah menanggung bebanmu! Demikianlah kamu memenuhi hukum Kristus. Kasihi lah Tuhan sepenuh hati dan rohaniah. Inilah perintah pertama dan terbesar. Perintah kedua ialah kasihilah jiran kamu seperti sendiri. Semua hukum rasul bergantung kepada kedua-dua perintah ini” (Matius 22:37-40). Jika kita mematuhi kedua-dua hukum ini, kita melengkapkan apa yang diminta oleh Kristus untuk kita buat, “Sebab inilah kasih kepada Tuhan, yaitu, bahwa kita menuruti perintah-perintah-Nya. Perintah-perintah-Nya itu tidak berat”(1 Yohanes 5:3). Secara teknikal, Sepuluh Perintah Tuhan juga tidak dikenakan ke atas Kristian. Walaubagaimanapun, sembilan perintah itu diulangi di Kitab Injil Baru (kecuali mematuhi Hari Sabbath). Ketaranya, jika kita kasihi Tuhan kita tidak akan menyembah tuhan atau dewa lain yang tidak benar. Jika kita kasihi jiran kita, maka kita tidak akan membunuhnya, berbohong kepadanya, berzinah dengan isterinya, atau berasa tamak dan ingin merebut harta bendanya. Oleh itu, kita tidak di bawah undang-undang Kitab Zabur. Tetapi kita perlu kasihi Tuhan dan jiran kita dengan ikhlas dan sepenuh hati. Jika kita mematuhi hukum Kristus ini, maka keperluan moral lain akan dipenuhi juga.



Balik kepada laman bahasa Melayu

Adakah Kristian dikehendaki mematuhi hukum-hukum di dalam Kitab Zabur?