dosa melancap
 
 

Melancap – adakah is sesuatu dosa mengikut ajaran kitab?



Soalan: Melancap – adakah is sesuatu dosa mengikut ajaran kitab?

Jawapan: Kitab Injil tidak menerangkan dengan jelas tentang melancap dan juga tidak mengatakannya satu dosa. Tiada masalah untuk kita memikirkan samada melancap itu sesuatu dosa? Melancap ialah akibat fikiran yang lucah, stimulasi seks dan/atau imej lucah. Inilah masalah yang patut diselesaikan. Jika masalah nafsu lucah dan pornografi dapat diselesaikan, maka masalah melancap akan dapat diatasi juga.

Kitab Injil menasihatkan kita mengelakkan kerupaan kejatuhan akhlak yang berkaitan dengan seks (Efesus 5:3). Tidak mungkin melancap boleh lulus ujian itu. Adakah sesuatu perbuatan ialah dosa boleh diketahui jika kamu tanya sendiri adakah kamu sudi memberitahu orang lain kamu melakukannya? Jika kamu rasa malu maka ianya kemungkinan besar adalah dosa. Satu cara penentuan lagi ialah kamu menanya dengan jujur samada Tuhan akan bersetuju dengan perbuatan kamu itu? Tidak mungkin melancap ialah sesuatu perbuatan yang kita boleh berbangga dan berterima kasih kepada Tuhan kerananya.

Kitab Injil mengajar kita, “Aku menjawab: Jika engkau makan atau jika engkau minum, atau jika engkau melakukan sesuatu yang lain, lakukanlah semuanya itu untuk kemuliaan Tuhan”(1 Korintus 10:31). Jika tiada alasan sesuatu perbuatan boleh memuaskan Tuhan maka ia patut diberhentikan. Melancap ketaranya tidak memberi kemuliaan kepada Tuhan. “Dan segala sesuatu yang tidak berdasarkan iman, adalah dosa.” (Roma 14:23). Mengikut ajaran Kitab, tidak ada alasan melancap boleh memuliakan Tuhan. Kita kena ingat bahawa badan dan roh kita telah ditebus oleh Tuhan dan dipunyai oleh Tuhan. “Atau tidak tahukah kamu, bahwa tubuhmu adalah bait Roh Kudus yang diam di dalam kamu, Roh Kudus yang kamu peroleh dari Tuhan, --dan bahwa kamu bukan milik kamu sendiri? Sebab kamu telah dibeli dan harganya telah lunas dibayar: Karena itu muliakanlah Tuhan dengan tubuhmu!” (1 Korintus 6:19-20). Kebenaran ini harus menjadi panduan bagaimana kita menggunakan badan kita. Jadi, mengikut prinsipal ini, dengan kenyakinan saya katakan melancap adalah dosa. Saya tidak percaya melancap boleh memuliakan Tuhan, tidak bercanggah dengan hukum akhlak atau lulus ujian Tuhan yang mempunyai ketuanan ke atas badan kita.



Balik kepada laman bahasa Melayu

Melancap – adakah is sesuatu dosa mengikut ajaran kitab?