Apakah keselamatan? Apakah doktrin Kristian tentang keselamatan?




Soalan: Apakah keselamatan? Apakah doktrin Kristian tentang keselamatan?

Jawapan: Keselamatan merupakan pembebasan daripada bahaya atau penderitaan. Menyelamatkan merupakan melepaskan atau melindungi. Perkataan ini mengandungi maksud kemenangan, kesihatan, atau kelangsungan hidup. Kadang-kala Alkitab menggunakan perkataan diselamatkan atau keselamatan demi memperlihatkan perlepasan fizikal yang bersifat sementara, misalnya dibebaskan Paulus dari penjara(Filipi 1:19).

Sering kali, perkataan keselamatan berkaitan dengan pembebasan rohani yang abadi. Semasa Paulus memaklumkan ketua penjara Filipi bagaimana beliau dapat diselamatkan, Paulus memperlihatkan keadaan abadi (Kisah 16:30-31). Yesus menyamakan diselamatkan dengan menyertai kerajaan Allah (Matius 19:24-25).

Kita diselamatkan daripada apa? Menerusi doktrin Kristian tentang keselamatan, kita diselamatkan daripada "kemurkaan", iaitu pengadilan Allah terhadap dosa (Roma 5:9;1 Tesalonika 5:9). Dosa kita telah memisahkan kita daripada Allah, konsekuensinya dosa adalah kematian(Roma 6:23). Keselamatan menerusi Alkitab merujuk pada pembebasan dari upah dosa dan disebabkan itu ia merangkumi penghapusan dosa.

Siapakah yang menyelamatkan? Hanya Allah dapat menghapuskan dosa dan membebaskan kita daripada hukuman dosa (2 Timotius 1:9; Titus 3:5).

Bagaimana Allah menyelamatkan? Menerusi doktrin Kristian tentang keselamatan, Allah telah menyelamatkan kita melalui Kristus (Yohanes 3:17). Khususnya, kematian Yesus di salib serta kebangkitanNya menghasilkan keselamatan bagi kita (Roma 5:10; Efesus 1:7). Alkitab Suci jelasnya menyatakan keselamatan itu kurniaan, pemberian yang tidak layak diperolehi daripada Allah (Efesus 2:5, 8), serta hanya tersedia melalui iman dalam Yesus Kristus (Kisah 4:12).

Bagaimana menerima keselamatan? Kita diselamatkan menerusi iman. Pertamanya, mesti mendengar Injil -berita baik tentang kematian dan kebangkitan Yesus(Efesus 1:13). Seterusnya mempercayai- menerima Yesus sepenuh hati (Roma 1:16).Perkara ini merangkumi pertaubatan, perubahan pemikiran tentang dosa dan Kristus (Kisah 3:19), serta menyeru nama Tuhan (Roma 10:9-10, 13).

Definisi doktrin Kristian tentang keselamatan berbunyi: " Pembebasan rohani dan abadi yang Allah kurniakan secara terus kepada mereka yang menerima syarat-syaratNya demi bertaubat dan beriman dalam Yesus Kristus". Keselamatan hanya disediakan dalam Yesus (Yohanes 14:6; Kisah 4:12),dan hanya bergantung pada persediaan, kepastian dan jaminan Allah sahaja.



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah keselamatan? Apakah doktrin Kristian tentang keselamatan?