settings icon
share icon
Soalan

Apakah yang berlaku kepada mereka yang percaya kepada Tuhan sebelum Yesus?

Jawapan


Sejak kejatuhan manusia, penyelamatan adalah berdasarkan kematian Kristus. Tiada sesiapa pun sebelum atau sejak peristiwa penyaliban dapat diselamatkan tanpa kejadian penting dalam sejarah dunia itu. Kematian Kristus telah membayar hukuman dosa-dosa lepas umat-Nya dalam Perjanjian Lama dan dosa-dosa akan datang umat-Nya dalam perjanjian baru.

Keperluan bagi penyelamatan ialah iman. Objek keimanan seseorang bagi penyelamatan ialah Tuhan. Penulis buku mazmur menyatakan bahawa, "Berbahagialah semua orang yang berlindung kepada-Nya" (Mazmur 2:12). Kejadian 15:6 memberitahu kita bahawa Abraham percaya kepada Tuhan dan diterima oleh Tuhan sebagai orang yang telah berbaik semula dengan Tuhan (rujuk juga kepada Roma 4:3-8). Sistem pengorbanan Perjanjian Lama tidak dapat menghapuskan dosa seperti yang diajar dalam Ibrani 9:1-10:4. Walau bagaimanapun, sistem ini melambangkan hari Anak Tuhan akan mengalirkan darah-Nya bagi umat manusia yang berdosa.

Perubahan yang berlaku mengikut zaman ialah kandungan iman penganut. Tuntutan Tuhan pada segala yang mesti dipercayai bergantung pada jumlah wahyu yang diberikan oleh Tuhan kepada umat manusia pada masa itu. Maka ini dipanggil wahyu berperingkat. Adam percaya janji Tuhan dalam Kejadian 3:15 bahawa keturunan wanita akan menawan syaitan. Adam percaya kepada Tuhan, dan menunjukkannya melalui nama yang diberikannya kepada Hawa (v.20) dan Tuhan menunjukkan penerimaan-Nya serta-merta dengan menutup mereka dengan kulit binatang (v.21). Pada masa itu, itulah segala yang Adam ketahui tetapi dia percaya.

Abraham percaya kepada Tuhan mengikut perjanjian dan wahyu baru yang diberikan oleh Tuhan kepadanya dalam Kejadian 12 and 15. Sebelum Musa, tiada firman yang dicatatkan tetapi umat manusia bertanggungjawab kepada semua wahyu Tuhan. Sepanjang Perjanjian Lama, pengikut menerima penyelamatan kerana mereka percaya bahawa Tuhan akan menyelesaikan masalah dosa mereka suatu hari nanti. Kini, kita melihat sejarah dan percaya bahawa Dia telah menyelesaikan masalah dosa-dosa kita pada salib. (Yohanes 3:16; Ibrani 9:28).

Bagaimana pula dengan penganut pada zaman Kristus, sebelum penyaliban dan kebangkitan? Apakah yang dipercayai oleh mereka? Adakah mereka memahami gambaran penuh Kristus yang mati pada salib bagi dosa-dosa mereka? Lewat dalam ministri-Nya kitab Injil menunjukkan, "Sejak itu, Yesus mula berkata dengan terus-terang kepada pengikut-pengikut-Nya, ‘Aku harus pergi ke Yerusalem dan mengalami banyak penderitaan yang disebabkan oleh para pemimpin masyarakat, ketua imam, dan guru Taurat. Aku akan dibunuh, tetapi pada hari ketiga Aku akan dibangkitkan semula" (Matius 16:21). Apakah reaksi pengikut-pengikut-Nya terhadap pesanan ini? "Petrus menarik Yesus ke tepi dan mula menegur Dia, ‘Ya Tuan, semoga Tuhan menjauhkan perkara itu daripada Tuan! Perkara itu tidak boleh berlaku kepada Tuan!’ (16:22). Petrus dan para pengikut yang lain tidak mengetahui seluruh kebenaran, tetapi mereka masih diselamatkan kerana mereka percaya bahawa Tuhan akan menyelesaikan masalah dosa mereka. Mereka tidak mengetahui dengan tepat cara Tuhan akan menyempurnakan perkara ini seperti Adam, Abraham, Musa, atau Daud tetapi mereka percaya kepada Tuhan.

Hari ini, kita menerima lebih banyak wahyu berbanding dengan mereka yang hidup sebelum kebangkitan Kristus, kita mengetahui gambaran penuh. "Pada masa lampau, banyak kali Tuhan berfirman kepada nenek moyang kita melalui nabi-nabi dengan berbagai-bagai cara. Tetapi pada zaman akhir ini Dia telah berfirman kepada kita melalui Anak-Nya." (Ibrani 1:1-2). Penyelamatan kita masih berdasarkan kematian Kristus, iman kita masih merupakan keperluan bagi penyelamatan dan objek iman kita masih Tuhan. Pada hari ini, bagi kita, kandungan iman kita ialah Kristus mati bagi dosa-dosa kita, Dia dikebumikan, dan bangkit pada hari ketiga (1 Korintus 15:3-4).

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah yang berlaku kepada mereka yang percaya kepada Tuhan sebelum Yesus?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries