settings icon
share icon
Soalan

Apakah definisi untuk sebuah kultus?

Jawapan


Apabila kita mendengar perkataan “kultus,” kita sering berfikir tentang sebuah kumpulan yang menyembah Iblis, korban-korban binatang atau pengambil bahagian dalam ritual-ritual pagan yang jahat dan aneh. Bagaimanapun ternyata kebanyakan penampilan kultus menampakkan keadaan yang tidak bersalah. Definisi Kristian yang khusus bagi sebuah kultus adalah “sebuah kumpulan agama yang telah menyangkal satu atau lebih kebenaran Alkitabiah yang asas.” Dalam pengertian yang lebih mudah, sebuah kultus adalah kumpulan yang mengajar sesuatu yang boleh mengakibatkan seeorang itu masih belum diselamatkan sekiranya orang itu percaya dan berpegang kepada pengajaran kumpulan kultus itu. Sebuah kultus berbeza dengan agama kerana ia mengaku sebagai sebahagian daripada sesuatu agama, tetapi menyangkal pengajaran pokok agama itu. Sebuah kultus Kristian adalah sebuah kumpulan yang menyangkal satu atau lebih kebenaran-kebenaran asas kekristenan tetapi masih mengaku sebagai seorang Kristian.

Dua pengajaran yang biasa terdapat dalam kumpulan kultus adalah yang mengatakan Yesus bukan Tuhan dan keselamatan bukan diterima dengan iman sahaja. Penyangkalan terhadap keilahian Kristus mengakibatkan korban Kristus tidak cukup untuk menebus dosa-dosa kita. Penyangkalan terhadap keselamatan diterima hanya dengan iman mengakibatkan keselamatan diperolehi dengan perbuatan-perbuatan baik kita, yang mana ditentang sekeras-kerasnya oleh Alkitab. Dua kumpulan kultus yang sangat terkenal adalah Saksi-saksi Yehovah dan Mormon. Kedua-dua kumpulan mengaku sebagai Kristian namun kedua-duanya mengangkal keTuhanan Kristus dan keselamatan yang diterima dengan iman. Saksi-saksi Yehovah dan Mormon mempercayai banyak perkara yang selaras atau sama dengan pengajaran yang terdapat dalam Alkitab. Bagaimanapun, memandangkan mereka menyangkal keTuhanan Yesus Kristus dan mengajar keselamatan diperolehi dengan perbuatan baik, hal ini melayakkan kumpulan ini disebut sebagai kultus. Ramai Saksi-saksi Yehovah, Mormon dan anggota kultus-kultus yang lain merupakan “orang baik-baik” yang sungguh mempercayai bahawa mereka berpegang kepada kebenaran. Sebagai orang Kristian, kita berdoa dan berharap supaya mereka yang terlibat dalam kultus akan dapat melihat di sebalik pembohongan yang ada dan ditarik kepada kebenaran keselamatan yang hanya melalui iman dalam Yesus Kristus.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah definisi untuk sebuah kultus?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries