Binatang kesayangan syurga roh
 
 

Adakah binatang kesayangan pergi ke syurga? Adakah binatang mempunyai roh?



Soalan: Adakah binatang kesayangan pergi ke syurga? Adakah binatang mempunyai roh?

Jawapan: Kitab Injil tidak mengatakan dengan jelas samada binatang mempunyai roh atau akan pergi ke syurga. Walaubagaimanapun, kita boleh merujuk kepada beberapa prinsip Kitab Injil untuk menjelaskan soalan ini. Kitab Injil kata manusia dan binatang (Kejadian 2:7, 1:30; 6:17; 7:15,22) mempunyai nafas hidup. Perbezaan utama antara manusia dan haiwan ialah manusia dicipta dalam imej dan rupa Tuhan (Kejadian 1:26-27). Haiwan tidak dicipta mengikut imej dan rupa Tuhan. Manusia yang dicipta mengikut imej dan rupa Tuhan memiliki sifat-sifat yang serupa dengan Tuhan seperti kerohanian, akal, emosi dan azam, mempunyai keperibadian yang terus wujud selepas mati. Kalau haiwan juga mempunyai roh, ianya seharusnya tidak sama dengan roh manusia, tetapi lebih rendah mutunya. Roh haiwan tidak akan terus wujud selepas mereka mati.

Satu lagi aspek yang patut ditimbang ialah Tuhan memang mencipta haiwan dalam proses penciptaannya. Tuhan mencipta haiwan dan kata mereka adalah baik (Kejadian 1:25). Oleh itu, ada mungkin terdapat juga haiwan mendiami dunia yang baru (Wahyu 21:1). Ada kemungkinan besar terdapat haiwan semasa kerajaan millennial (Yesaya 11:6, 65:25). Susah kata tidak mungkin kita akan jumpa binatang kesayangan kita di syurga. Tuhan adalah adil saksama, kita akan bersetuju dengan perancangan dan keputusan Tuhan mengenai isu ini semasa kita jumpa Tuhan di syurga.



Balik kepada laman bahasa Melayu

Adakah binatang kesayangan pergi ke syurga? Adakah binatang mempunyai roh?