Bagaimanakah saya dapat bersedia untuk berkahwin?




Soalan: Bagaimanakah saya dapat bersedia untuk berkahwin?

Jawapan: Menyediakan diri untuk berkahwin secara Alkitabiah adalah sama dengan bersedia untuk semua usaha kehidupan yang lain. Terdapat satu prinsip yang harus mengatur kehidupan kita sebagai orang-orang yang telah dilahirkan kembali: “"Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu” (Matius 22:37). Ini bukan satu perintah sambil lewa. Ini merupakan bahagian terpenting dalam hidup kita sebagai orang-orang percaya. Ianya memilih untuk menumpukan kepada Tuhan dan Firman-Nya dengan segenap hati supaya jiwa dan minda kita akan dikuasai oleh perkara-perkara yang akan menyenangkan hati-Nya.

Perhubungan kita dengan Tuhan Allah melalui Tuhan Yesus Kristus meletakkan semua perhubungan yang lain pada tempatnya. Perhubungan perkahwinan didasarkan pada teladan Kristus dan gereja-Nya (Efesus 5:22-33). Selaku orang-orang percaya, setiap segi kehidupan kita diataur oleh komitmen kita untuk hidup menurut perintah dan ketetapan Tuhan kita. Ketaatan kita kepada Tuhan dan Firman-Nya melengkapkan kita untuk memenuhi peranan yang Tuhan telah berikan kepada kita dalam perkahwinan dan peranan kita di dalam dunia. Peranan untuk semua orang Kristian adalah untuk memuliakan Tuhan dalam segala perkara (1 Korintus 10:31).

Berjalan sesuai dengan panggilan anda dalam Kristus dan menjalinkan hubungan intim dengan Tuhan melalui Firman-Nya (2 Timotius 3:16-17), memberikan penumpuan untuk taat dalam segala perkara merupakan persiapan terbaik anda untuk berkahwin. Tidak ada jalan mudah untuk belajar mentaati Tuhan. Setiap hari kita perlu memutuskan untuk mengenepikan pandangan-pandangan duniawi dan memilih untuk mengikuti Tuhan. Perjalanan hidup yang layak bagi Kristus adalah kehidupan yang diserahkan dengan rendah hati kepada satu-satunya Jalan, Kebenaran dan Kehidupan pada setiap hari dan waktu. Inilah persiapan yang diperlukan orang percaya untuk menerima pemberian yang terbesar, yang disebut perkahwinan.



Balik ke laman bahasa Melayu

Bagaimanakah saya dapat bersedia untuk berkahwin?