Adakah Yesus berkahwin?




Soalan: Adakah Yesus berkahwin?

Jawapan: Tidak, Yesus tidak berkahwin. Buku yang popular, “The Da Vinci Code” menceritakan bahawa Kristus menikahi Maria Magdalena. Mitos/pembohongan ini silap, tidak berasas sama sekali secara teologi, sejarahwi,atau Alkitabiah. Sungguhpun “Injil Gnostik” menjodohkan Yesus berhubungan intim dengan Maria Magdalena, tiada fakta khusus menyatakan Dia menikahi Maria atau memiliki hubungan romantic. Yang nyata hanyalah pernyataan Yesus mencium Maria Magdalena, mungkin bermaksud “ciuman persahabatan”. Seterusnya, walaupun Injil tersebut menyatakan secara langsung Yesus menikahi Maria Magdalena, hal itu tanpa autoriti disebabkan kesemua Injil tersebut telah membuktikan pemalsuan yang dibuat untuk mencipta suatu pandangan Gnostik tentang Yesus.

Jika Yesus bernikah, sudah pasti Alkitab memaklumkan kita-atau aka nada pernyataan lain yang tidak diragui. Alkitab tidak akan menyembunyikan topik yang penting.Alkitab menjodohkan ibu Yesus, ayah angkat Yesus, adik-beradik lelaki dan perempuan Yesus. Mengapa Alkitab seperti alpa daripada menyatakan fakta Yesus mempunyai isteri? Golongan yang mempercayai/mengajar bahawa Yesus bernikah melakukannya demi “memanusiakan” Yesus, untuk menjadikan Dia biasa- sepertimana orang-orang kebanyakan. Ramai orang sukar untuk menerima Yesus merupakan Allah dalam imej manusia (Yohanes 1:1, 14; 10:30). Oleh sebab itu mereka merekacipta dan mempercayai mitos-mitos Yesus bernikah, mempunyai anak, dan merupakan insan biasa.

Persoalan kedua ialah, “Adakah Yesus mungkin bernikah?” Bernikah bukannya dosa. Melakukan hubungan seks dalam perkahwinan bukanlah dosa. Justeru, ya, Yesus boleh bernikah dan tetap menjadi anak domba Allah tanpa dosa, Juruselamat dunia.Pada masa yang sama, tiada sebab-musabab Alkitabiah mengapakah Yesus sewajarnya bernikah. Bukan itu faktanya daripada hujahan ini. Mereka mempercayai Yesus bernikah, tetapi tidak mempercayai Dia tidak berdosa, ataupun Mesiah. Yesus dihantar oleh Allah bukan untuk bernikah dan beranak-pinak. Markus 10:45 menyebutkan, mengapa Yesus datang, “Anak Manusia tidak datang untuk dilayani; Dia datang untuk melayani orang serta menyerahkan nyawaNya untuk membebaskan banyak orang”.



Balik ke laman bahasa Melayu

Adakah Yesus berkahwin?