settings icon
share icon
Soalan

Jika Yesus itu Allah, bagaimana pula Dia berdoa ke hadirat Allah? Adakah Yesus berdoa kepada diriNya sendiri?

Jawapan


Untuk memahami Yesus itu Allah dalam dunianya berdoa kepada BapaNya, Allah di syurga, kita haruslah memahami bahawa Bapa dan Anak memiliki hubungan kekal sebelum Yesus dijadikan insan. Tolong rujuk Yohanes 5:19-27, terutamanya 5:23 semasa Yesus mengajar tentang Bapa telah menghantar Anak (baca juga Yohanes 15:10). Yesus bukan baru menjadi Anak Allah semasa dilahirkan di Betlehen beribu-ribu tahun lalu. Dari kekekalan, Yesus sentiasa menjadi Anak Allah, sekarang dan selama-lamanya.

Yesaya 9:6 memaklumkan kita bahawa seorang Putera telah dianugerahkan dan seorang Anak dilahirkan. Yesus sentiasa menjadi sebahagian daripada hubungan Tritunggal bersama-sama Roh Kudus. Ketritunggalan sentiasa ada, Allah Bapa, Allah Anak dan Allah Roh Kudus. Bukan Tiga Allah, tetapi Allah yang Esa sebagai tiga peribadi. Yesus mengajar bahawa Dia dan Bapa merupakan satu (Yohanes 10:30). Yang dimaksudkan Yesus bahawa Dia dan Bapa, dan Roh Kudus memiliki peribadi yang sama, inti pati sama, Allah atau keilahiah. Ketiga-tiga Peribadi yang sama tara ini adalah Allah. Ketiga-tiganya sudah dan terus-terusan memiliki hubungan yang kekal.

Yang berlaku ketika Yesus, Anak Allah yang kekal itu menjadi insan tidak berdosa, Dia juga wujud sebagai hamba, meninggalkan kemuliaan syurgawiNya (bdk. Filipi 2:5-11).

Sebagai Allah-manusia, Dia cuba untuk taat (Ibrani 5:8) terhadap BapaNya semasa Dia diuji oleh Iblis, difitnah oleh manusia biasa, ditolak tubuhnya dan akhirnya disalib. DoaNya terhadap Bapa syurgawi agar diberikan kuasa (Yohanes 11:41-42) dan hikmat (Markus 1:35; 6:46). Doanya menunjukkan, dalam kemanusiaanNya Dia bergantung pada Bapa demi menjalankan rancangan BapaNya demi penebusan (lihat dosa Yesus sebagai Imam Besar dalam Yohanes 17); dan akhirnya tunduk pada kehendak BapaNya di Taman untuk disalib demi membayar hutang dosa kita kerana melanggar hukum Allah, iaitu kematian (Matius 26:31-46). Sudah tentu Dia bangkit secara nyata dari kubur, memenangi pengampunan dan hidup kekal demi kita yang menerima Dia sebagai Juruselamat peribadi.

Tiada masalah Anak sebagai Allah itu berdoa atau berbual dengan Bapanya, Allah. Sepertimana yang telah dinyatakan, mereka mempunyai hubungan kekal sebelum Kristus menjadi manusia.Dalam imej kemanusiaanNya, hubungan ini digambarkan dalam Injil sehingga kita dapat melihat Anak Allah menjalankan kehendak BapaNya (Yohanes 6:38). Ketaatan Kristus terus-menerus terhadap Bapa syurgawiNya diberikan kekuatan serta fokus yang terpelihara melalui kehidupan berdoaNya. Contoh doa Yesus disediakan untuk diikuti.

Keallahan Yesus Kristus tidak terjejas semasa menghuni dunia, Dia berdoa kepada Allah BapaNya di syurga. Dia mencerminkan sebagai manunsia yang sempurna, perlu terus-menerus dalam kehidupan berdoa agar dapat melaksanakan kehendak BapaNya. Yesus berdoa terhadap Bapa demi memperlihatkan hubunganNya, dalam ketritunggalan, dengan Bapa, dan menjadi contoh pada kita, bahawasanya kita hendaklah bergantung pada Allah menerusi doa demi kekuatan dan kemujaraban yang dihajatkan.Disebabkan Kristus, sebagai Allah-manusia memerlukan kehidupan berdoa yang bersemangat, jadi seharusnyalah bagi semua pengikut Kristus kini!

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Jika Yesus itu Allah, bagaimana pula Dia berdoa ke hadirat Allah? Adakah Yesus berdoa kepada diriNya sendiri?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries