settings icon
share icon
Soalan

Adakah Yesus mempunyai adik-beradik lelaki dan perempuan (adik-beradik kandung)?

Jawapan


Adik-beradik Yesus digabungkan dalam beberapa ayat Alkitab. Matius 12:46, Lukas 8:19, dan Markus 3:31 menyebutkan, ibu Yesus dan adik-beradikNya melawat Yesus. Alkitab turut menceritakan Yesus mempunyai empat saudara lelaki: Yakobus, Yusuf, Simon dan Yudas?” (Matius 13:55). Alkitab turut memaklumkan, Yesus mempunyai adik-beradik perempuan, tetapi nama mereka tidak dinyatakan, sekadar disebutkan beberapa orang (Matius 13:56). Menerusi Yohanes 7:1-10, adik-beradik Yesus menghadiri perayaan, manakala Yesus tinggal di rumah. Dalam Kisah Rasul 1:14, adik-beradik dan ibuNya diceritakan berdosa dengan para murid. Sejak kebelakangan, Galatia 1:19 menceritakan Yakobus adalah adik-beradik Yesus. Rumusan paling alamiah daripada surah-surah ini mentafsirkan Yesus mempunyai adik-beradik kandung.

Orang-orang Roma Katolik pula mendakwa yang disebut “adik-beradik” ini sebenarnya sepupu-sepupu Yesus. Tetapi, dalam setiap contoh, perkataan Yunani yang menunjukkan erti “adik-beradik” digunakan. Meskipun perkataan tersebut merujuk pada keluarga jauh, maknanya yang biasa dan harfiah bermaksud saudara jasmani. Ada perkataan Yunani bagi sepupu dan perkataan tersebut tidak digunakan. Seterusnya, jika mereka semuanya sepupu Yesus, mengapa pula mereka sering digambarkan berada dengan Maria, ibu Yesus? Dalam konteks lawatan ibu dan adik-beradik Yesus, tiada tanda-tanda bahawa mereka bukanlah adik-beradik kandung Yesus, seibu sebapa.

Hujahan Roma Katolik yang kedua, ialah adik-beradik lelaki dan perempuan Yesus itu anak-anak daripada perkahwinan awal Yusuf, sebelum dia mengahwini Maria. Lengkapnya penceritaan tentang Yusuf yang lebih tua daripada Maria, pernah bernikah, mempunyai beberapa anak,kemudian menikahi Maria sewaktu duda. Isunya, Alkitab tidak memberi indikasi sama sekali tentang Yusuf pernah bernikah, atau mempunyai anak-anak sebelum mengahwini Maria. Jika Yusuf sudah mempunyai seramai enam orang anak sebelum mengahwini Maria, mengapa pula tidak diceritakan semasa perjalanan mereka ke Betlehen (Lukas 2:4-7), ataupun semasa perjalanan mereka ke Mesir (Matius 2:13-15), atau perjalanan mereka pulang ke Nazaret (Matius 2:20-23)?

Tiada alasan Alkitabiah untuk mempercayai adik-beradik ini bukanlah anak-anak kandung Yusuf dan Maria. Mereka yang menolak tanggapan bahawa Yesus mempunyai adik-beradik lelaki dan perempuan kandung bukan disebabkan pembacaan Alkitab, tetapi konsep yang telah tertanam tentang keperawanan Maria yang kekal itu, bagi dirinya yang jelas-jelas bukan bersifat Alkitabiah: tetapi Yusuf tidak berseketiduran dengan Maria sehingga Maria melahirkan anak lelakinya. Yusuf menamakan anak itu Yesus. (Matius 1:25). Yesus mempunyai adik-beradik, lelaki dan perempuan yang merupakan anak-anak Yusuf dan Maria. Ini merupakan firman Tuhan yang jelas dan tidak meragukan.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Adakah Yesus mempunyai adik-beradik lelaki dan perempuan (adik-beradik kandung)?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries