Yesus Jalan tunggal
 
 

Adakah Yesus jalan tunggal ke syurga?



Soalan: Adakah Yesus jalan tunggal ke syurga?

Jawapan: “Asasnya saya seorang yang baik, oleh itu saya akan pergi ke syurga.” “OK, mungkin saya berbuat jahat juga, tetapi saya berbuat lebih banyak baik, oleh itu saya akan pergi ke syurga.” “Tuhan tidak akan hantar saya ke neraka kerana saya tidak hidup mengikut ajaran Kitab Injil. Masa telah berubah!” “Hanya orang yang amat jahat seperti perogol kanak-kanak dan pembunuh yang akan pergi ke neraka.”

Kesemua ini adalah fikiran logic ramai orang, tetapi hakikatnya ialah, mereka adalah perbohongan. Syaitan, pemerintah dunia ini, tanamkan fikiran jenis itu di dalam otak kita. Dia dan pengikut-pengikutnya adalah musuh Tuhan (1 Petrus 5:8). Syaitan selalu berpura-pura menjadi baik (2 Korintus 11:14), tetapi dia mengawal fikiran orang-orang yang tidak berpihak kepada Tuhan. “Syaitan, tuhan dunia yang berdosa ini, menyebabkan fikiran ramai orang yang tidak percaya kepada Tuhan menjadi buta, oleh itu mereka tidak dapat melihat cahaya kemulian Berita Baik yang menyinar ke atas mereka. Mereka tidak faham warta mengenai kemulian Kristus yang merupakan Tuhan yang benar” (2 Korintus 4:4).

Adalah satu perbohongan kalau kita percaya bahawa Tuhan tidak pedulikan dosa kecil, dan bahawa neraka adalah untuk “orang yang amat jahat”. Semua dosa memisahkan kita daripada Tuhan, walaupun satu perbohongan kecil yang tidak berniat jahat. Semua orang telah berdosa, tiada orang yang cukup baik untuk pergi ke Syurga sendiri (Roma 3:23). Kemasukan ke Syurga tidak bergantung kepada samada kebaikan kamu melebihi keburukan kamu; kita semua akan gagal jika ini ialah kriterianya. “Tetapi jika hal itu terjadi karena kasih karunia, maka bukan lagi karena perbuatan, sebab jika tidak demikian, maka kasih karunia itu bukan lagi kasih karunia – percuma dan tidak layak didapat ” (Roma 11:6). Kita tidak dapat buat apa-apa untuk mendapat jalan ke syurga (Titus 3:5).

“Masuklah melalui pintu yang sesak itu, karena lebarlah pintu dan luaslah jalan menuju kepada kebinasaan, dan banyak orang yang masuk melaluinya” (Matius 7:13). Walaupun ramai orang hidup berdosa dan kepercayaan kepada Tuhan tidak popular, tuhan tidak akan juga menerima alasan ini. “Kamu hidup di dalamnya, karena kamu mengikuti jalan dunia ini, karena kamu mentaati penguasa kerajaan angkasa, yaitu roh yang sekarang sedang bekerja di antara orang-orang durhaka” (Efesus 2:2).

Bila Tuhan mencipta dunia ini, ia adalah sempurna. Setiap benda adalah baik. Kemudian Tuhan membuat Adam dan Eve, memberi mereka fikiran bebas, supaya mereka boleh membuat keputusan untuk mengikut dan mematuhi tuhan atau tidak. Tetapi Adam dan Eve, manusia pertama yang dicipta oleh Tuhan, digoda oleh Syaitan dan mengkhianati Tuhan dengan berdosa. Ini memisahkan mereka (termasuk kita yang merupakan keturunan mereka) daripada Tuhan dan tidak akan mempunyai hubungan rapat dengan Tuhan. Tuhan adalah sempurna dan tidak akan berdekatan dengan dosa. Walaubagaimanapun, Tuhan menyediakan satu cara supaya kita dapat dihubungkan semula denganNya di syurga. “Karena begitu besar kasih Tuhan akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan beroleh hidup yang kekal.” (Yohanes 3:16). “Sebab upah dosa ialah maut; tetapi karunia Tuhan ialah hidup yang kekal dalam Kristus Yesus, Tuhan kita” (Roma 6:23). Yesus dilahirkan di dunia ini supaya Dia dapat mengajar kita cara hidup yang betul dan mati untuk kita, Tiga hari selepas kematianNya, Dia bangkit daripada kubur (Roma 4:25), membuktikan bahawa Dia telah memenangi kematian. Dia membuat satu jambatan di antara Tuhan dan manusia supaya kita boleh mempunyai hubungan peribadi deganNya asalkan kita percaya kepada Yesus Kristus sebagai Penyelamat Individu.

“Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Kamu, satu- satunya Tuhan yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Kamu utus.”(Yohanes 17:3). Kebanyakan orang percaya kepada Tuhan, begitu juga Syaitan. Tetapi untuk mendapat penyelamatan, kita perlu berpihak kepada Tuhan, mewujudkan satu hubungan peribadi, mengelakkan dosa dan mengikuti Tuhan. Kita mesti percaya kepada Yesus dengan apa yang kita ada dan kelakuan kita mesti berubah. “Kita dianggap betul oleh Tuhan bila kita percaya kepada Yesus Kristus akan membersihkan dosa kita. Kita semua boleh diselamatkan dengan cara ini, tidak kisah siapa kamu dan apa yang kamu telah buat dahulu” (Roma 3:22). Kitab Injil kata tiada penyelamatan lain kecuali Yesus Kristus. Yesus kata di Yohanes 14:6, “Sayalah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Saya.”

Yesus ialah jalan tunggal penyelamatan kerana hanya Dia yang boleh membayar denda dosa kita (Roma 6:23). Tiada agama lain mengajar bahawa akibat dosa adalah amat buruk seperti yang dikatakan oleh Kristianiti. Tiada agama lain boleh membekalkan bayaran untuk denda dosa seperti Yesus Kristus. Tiada “pengasas agama” adalah Tuhan menjadi manusia (Yohanes 1:1,14) – cara tunggal dimana hutang dosa yang amat besar boleh dibayar. Yesus mesti merupakan Tuhan supaya Dia boleh membayar hutang kita. Yesus mesti ialah manusia supaya Dia boleh mati. Penyelamatan hanya boleh diperolehi melalui kepercayaan kepada Yesus! “Dan keselamatan tidak ada di dalam siapa pun juga selain di dalam Dia, sebab di bawah kolong langit ini tidak ada nama lain yang diberikan kepada manusia yang olehnya kita dapat diselamatkan”(Kisah Para Rasul 4:12).

Adakah anda sudah membuat keputusan menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila klik ikon “Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini” di bawah.



Balik kepada laman bahasa Melayu

Adakah Yesus jalan tunggal ke syurga?