settings icon
share icon
Soalan

Apakah maksud Yesus ialah Anak Allah?

Jawapan


Ungkapan ‘Yesus ialah Anak Allah’ tidak boleh kita samakan dengan pemahaman biasa kita tentang hubungan seorang bapa dengan seorang anak lelaki. Tuhan tidak bernikah dan mendapat seorang anak melalui pernikahan itu. Yesus ialah Anak Allah dalam ertikata Dia merupakan Allah yang telah menjadi manusia (Yohanes 1:1,14). Yesus ialah Anak Allah dalam ertikata mukjizat kandungan ibunya telah dimungkinkan oleh Roh Kudus. Lukas 1:35 ada menyebut, “Malaikat itu menjawab: "Roh Allah akan datang kepadamu dan kuasa Allah akan menaungi engkau. Itulah sebabnya Anak yang akan lahir itu disebut Suci, Anak Allah.” Pada zaman dalam kitab Injil, ungkapan “anak manusia” digunakan apabila menggambarkan seorang manusia. Anak manusia ialah seorang manusia.

Sewaktu menghadap para pemimpin Yahudi, Iman Besar bertanya kepada Yesus, "Demi nama Allah yang hidup, beritahu kami! Adakah kamu Penyelamat yang diutus oleh Allah, iaitu Anak Allah?" (Matius 26:63) Yesus menjawab, "Demikianlah katamu. Tetapi Aku berkata kepada kamu semua: Tidak lama lagi kamu akan melihat Anak Manusia duduk di sebelah kanan Allah Yang Maha Kuasa serta datang di atas awan." (Matius 26:64). Para pemimpin Yahudi kemudian membuat tuduhan bahawa Yesus telah mengkufuri Allah (Matius 26:65-66). Kemudian di hadapan Pilatus, para pemimpin Yahudi berkeras berkata, "Menurut hukum kami dia harus dihukum mati kerana dia mengaku diri-Nya sebagai Anak Allah." (Yohanes 19:7) Mengapakah pengakuan sebagai “Anak Allah” dianggap mengkufuri Allah dan layak dijatuhkan hukuman mati? Para pemimpin Yahudi cukup mengerti maksud yang diperkatakan oleh Yesus dengan ungkapan “Anak Allah”. Istilah “Anak Allah” bererti memiliki sifat yang sama dengan Tuhan Allah. Tuntutan memiliki sifat yang sama dengan Tuhan Allah ialah pengkufuran bagi orang Yahudi, oleh yang demikian mereka menuntut agar Yesus dijatuhkan hukuman mati. Ibrani 1:3 menyatakan perkara ini dengan sangat jelas, “Dia memancarkan kemuliaan Allah yang gilang-gemilang dan Dia perwujudan Allah sendiri.”

Satu lagi contoh boleh didapati dari Yohanes 17:12 di mana Yudas disebut dalam terjemahan kitab Injil bahasa Inggeris sebagai “son of perdition” (anak kebinasaan). Yohanes 6:71 memberitahu kita bahawa Yudas merupakan anak kepada Simon. Apakah yang dimaksudkan oleh Yohanes 17:12 apabila menyebut Yudas sebagai “son of perdition” (anak kebinasaan)? Maksud ini berkait rapat dengan “kehancuran, keruntuhan, dan sia-sia”. Sebagai manusia, Yudas bukan anak kepada “kehancuran, keruntuhan, dan sia-sia” – tetapi perkara-perkara tersebut merupakan gambaran kepada peribadi dan kehidupan Yudas. Yudas merupakan penjelmaan kepada “kebinasaan”. Dalam aspek yang sama Yesus disebut sebagai Anak Allah. Anak Allah ialah Allah. Yesus ialah Allah yang telah menjadi manusia (Yohanes 1:1, 14).

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah maksud Yesus ialah Anak Allah?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries