settings icon
share icon
Soalan

Apakah erti pernyataan Tuhan itu kasih?

Jawapan


Apakah erti pernyataan Tuhan itu kasih? Mula-mula kita melihat cara kitab Injil mengambarkan “kasih” dan kemudian kita akan melihat bagaimana gambaran tentang kasih ini dapat diterapkan pada Tuhan. “Sesiapa yang mengasihi orang lain, sabar dan baik hati; dia tidak iri hati, tidak bercakap besar dan tidak sombong. Dia tidak berkasar dan tidak mementingkan diri sendiri, tidak cepat tersinggung, dan tidak berdendam. Sesiapa yang mengasihi orang lain tidak gembira dengan kejahatan. Tetapi dia gembira dengan kebaikan. Dia tahan menghadapi segala sesuatu; dia mempercayai orang lain, tidak hilang harapan, dan sentiasa bersabar. Orang perlu sentiasa mengasihi orang lain.” (1 Korintus 13:4-8a)

Inilah gambaran yang Tuhan berikan mengenai kasih. Beginilah ajaran Tuhan, dan mereka yang percaya perlu menjadikan ini sebagai matlamat hidup mereka (walaupun matlamat ini mempunyai proses). Penyataan kasih Allah yang terbesar dapat dilihat dalam Yohanes 3:16 dan Roma 5:8. “Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal”. “Tetapi Allah telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa”. Daripada ayat-ayat ini kita dapat mengetahui bahawa kehendak Tuhan Allah yang terbesar adalah agar kita dapat hidup abadi bersama dengan-Nya di syurga. Dia telah membuka jalan ke syurga dengan membayar harga bagi kesemua dosa-dosa kita. Dia mengasihi kita kerana Dia memilih untuk mengasihi kita dan tindakan itu adalah berdasarkan kehendak-Nya sendiri. “Aku tidak sampai hati berbuat demikian. Kasih-Ku bagi kamu terlalu besar.” (Hosea 11:8b) Tuhan mengampuni kita. “Tetapi jika kita mengakui dosa kita kepada Allah, Dia akan menepati janji-Nya dan melakukan apa yang adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan membersihkan kita daripada segala perbuatan yang salah”. (1 Yohanes 1:9)

Kasih (Tuhan) tidak memaksa diri-Nya ke atas sesiapa. Setiap orang yang datang kepada-Nya juga bertindak sedemikian sebagai reaksi kepada kasih-Nya. Kasih (Tuhan) menginginkan kebaikan bagi semua orang. Kasih (Yesus) berbuat baik kepada semua orang tanpa pilih kasih. Kasih (Yesus) tidak mengingini apa yang dimiliki oleh orang lain, ia hidup rendah hati tanpa merungut-rungut. Kasih (Yesus) tidak meninggi diri, walaupun Dia dapat mengalahkan setiap orang yang Dia temui. Kasih (Tuhan) tidak menuntut ketaatan. Tuhan tidak menuntut ketaatan daripada anak-Nya, tetapi Yesus dengan rela hati mentaati Bapa-Nya di syurga. “Tetapi Aku melakukan segala yang diperintahkan oleh Bapa, supaya dunia tahu bahawa Aku mengasihi Bapa” (Yohanes 14:31)

Gambaran ringkas tentang kasih ini menunjukkan kehidupan yang tidak mementingkan diri sendiri yang bertentangan dengan sifat manusia biasa. Sungguh menghairankan, Tuhan memberikan kemampuan untuk mengasihi sebagaimana Dia telah mengasihi melalui kuasa Roh Kudus kepada mereka yang telah menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat peribadi daripada dosa. (Yohanes 1:12; 1 Yohanes 3:1,23,24). Maka ini merupakan satu cabaran dan keistimewaan!

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah erti pernyataan Tuhan itu kasih?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries