Siapa Dia Roh Kudus?
Soalan: Siapa Dia Roh Kudus?
Jawapan:
Terdapat banyak salah faham tentang identiti Roh Kudus. Ada yang anggap Roh Kudus sebagai kuasa mistik. Ada pula yang anggap Roh Kudus sebagai kuasa Tuhan yang boleh diperolehi oleh orang yang percaya kepada Kristus. Apa yang dikatakan oleh Kitab Injil tentang identiti Roh Kudus? Secara ringkas, Kitab Injil kata Roh Kudus ialah Tuhan. Kitab Suci juga kata Roh Kudus mempunyai Persendirian, suatu Kewujudan yang mempunyai fikiran, emosi dan niat.
Fakta-fakta yang menunjukkan Roh Kudus ialah Tuhan boleh diketahui dengan ketara dalam banyak ayat-ayat suci Kitab seperti Kisah 5:3-4. Dalam ayat di sini Petrus meneguh Ananias mengapa dia menipu Roh Kudus dan kata Ananias “bukan hanya tipu manusia tetapi Tuhan juga.” Adalah ketara bahawa menipu Roh Kudus adalah sama dengan menipu Tuhan. Kita juga boleh ketahui bahawa Roh Kudus ialah Tuhan kerana Dia mempunyai cirri-ciri dan sifat-sifat Tuhan. Sebagai contoh, Roh Kudus adalah hadir di mana-mana tersebut di Mazmur 139:7-8, “Ke mana aku dapat pergi menjauhi roh-Mu, ke mana aku dapat lari dari hadapan-Mu? Jika aku mendaki ke langit, Engkau di sana; jika aku menaruh tempat tidurku di dunia orang mati, di situpun Engkau.” Kemudian di 1 Korintus 2:10 kita dapat lihat sifat maha-pengetahuan di dalam Roh Kudus. “Karena kepada kita Tuhan telah menyatakannya oleh Roh, sebab Roh menyelidiki segala sesuatu, bahkan hal-hal yang tersembunyi dalam diri Tuhan.”
Kita boleh ketahui Roh Kudus adalah Persendirian kerana Dia mempunyai fikiran, emosi dan tekad. Roh Kudus fikir dan tahu (1 Korintus 2:10). Roh Kudus boleh diselisihkan (Efesus 4:30). Roh Kudus membuat rayuan bagi kita (Roma 8:26-27). Roh Kudus membuat keputusan mengikut maknanya sendiri (1 Korintus 12:7-11). Roh Kudus ialah Tuhan, Orang Ketiga dalam Triniti. Seperti Tuhan, Roh Kudus boleh berfungsi sebagai Kaunselor dan Penenang yang dijanji oleh Yesus (Yohanes 14:16,26; 15:26).
Balik kepada laman bahasa Melayu
Siapa Dia Roh Kudus?
|