Rancangan penyelamatan
 
 

Apakah dia rancangan penyelamatan?



Soalan: Apakah dia rancangan penyelamatan?

Jawapan: Adakah kamu lapar? Bukan kelaparan fizikal, tetapi adakah kamu mempunyai sesuatu kelaparan luar biasa? Terdapatkah sesuatu di dalam kamu yang belum puashati? Kalau ada, maka Yesus ialah penyelesaiannya! Yesus kata, “Kata Yesus kepada mereka: "Akulah roti hidup; barangsiapa datang kepada-Ku, ia tidak akan lapar lagi, dan barangsiapa percaya kepada-Ku, ia tidak akan haus lagi” (Yohanes 6:35).

Adakah kamu keliru? Mungkin kamu belum dapat mencari satu jalan atau tujuan hidup? Nampaknya macam ada orang yang matikan lampu supaya kamu tidak dapat mencari suis lampu? Kalau begitu, Yesus ialah Jalan itu ! Yesus mengumumkan, "Akulah terang dunia; barangsiapa mengikut Aku, ia tidak akan berjalan dalam kegelapan, melainkan ia akan mempunyai terang hidup" (Yohanes 8:12).

Pernahkah kamu berasa hidup kamu terkunci? Mungkin kamu telah cuba buka banyak pintu, tetapi di belakang pintu-pintu itu hanya kekosongan dan tiada makna? Adakah kamu sedang mencari pintu masuk ke dalam hidup yang penuh makna? Kalau ya, Yesus ialah Jalan itu! Yesus mengisytiharkan, “Akulah pintu; barangsiapa masuk melalui Aku, ia akan selamat dan ia akan masuk dan keluar dan menemukan padang rumput” (Yohanes 10:9).

Adakah orang lain menyinggung perasaan anda? Adakah hubungan anda dengan orang lain menjadi cetek dan kosong? Kadang-kadang nampaknya orang lain hendak mengambil kesempatan anda? Kalau ya, maka Yesus ialah Jalan itu! Yesus kata, “Akulah gembala yang baik. Gembala yang baik memberikan nyawanya bagi domba-dombanya; Akulah gembala yang baik dan Aku mengenal domba-domba-Ku dan domba-domba-Ku mengenal Aku” (Yohanes 10:11,14).

Adakah bingung apa akan jadi selepas hidup ini? Adakah kamu cuba hidup untuk barang-barang yang boleh rosak dan raput? Adakah kadang-kadang kamu ragu bahawa hidup tiada makna? Adakah kamu ingin teruskan nyawa anda selepas mati? Kalau ya, maka Yesus ialah Jalan itu! Yesus mengisytiharkan, “Akulah kebangkitan dan hidup; barangsiapa percaya kepada-Ku, ia akan hidup walaupun ia sudah mati, dan setiap orang yang hidup dan yang percaya kepada-Ku, tidak akan mati selama-lamanya. Percayakah engkau akan hal ini?” (Yohanes 11:25-26).

Apakah Jalan itu? Apakah kebenaran? Apakah hidup? Yesus jawab, "Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku” (Yohanes 14:6).

Kelaparan yang kamu rasa ialah kelaparan rohani, hanya boleh dipenuhi oleh Yesus. Hanya Yesus boleh menghapuskan kegelapan. Yesus ialah pintu masuk ke dalam hidup yang memuaskan. Yesus ialah kawan dan gembala yang dicari-cari oleh kamu. Yesus ialah Nyawa dan hidup – dalam kehidupan sekarang dan selepas mati. Yesus ialah Jalan untuk mendapat penyelamatan.

Sebab kamu rasa lapar, sebab kamu rasa sesat di dalam kegelapan, sebab kamu tidak boleh mendapat makna hidup, adalah kerana kamu dipisahkan daripada Tuhan. Kitab Injil kata kita Semua telah berdosa dan dipisahkan daripada Tuhan (Pengkhotbah 7:20; Roma 3:23). Kekosongan yang kamu rasa di dalam hati ialah ketidakhadiran Tuhan di dalam hidup kamu. Kita dicipta oleh Tuhan untuk mempunyai hubungan denganNya. Kerana dosa kita diputuskan hubungan dengan Tuhan. Apa yang lebih buruk lagi, dosa kita akan menyebabkan kita dipisahkan daripada Tuhan selama-lamanya, di hidup sekarang dan juga selepas mati (Roma 6:23; Yohanes 3:36).

Bagaimana nak selesaikan masalah ini? Yesus ialah Jalan itu! Yesus menanggung dosa kita (2 Korintus 5:21). Yesus mati untuk kita (Roma 5:8), mengambil hukuman yang patut kita tanggung. Selepas tiga hari, Yesus bangkit dari kematiaan, buktikan bahawa Dia telah mengalahkan dosa dan kematiaan (Roma 6:4-5). Mengapa Dia buat begitu? Yesus menjawab, “Tidak ada kasih yang lebih besar dari pada kasih seorang yang memberikan nyawanya untuk sahabat-sahabatnya.”(Yohanes 15:13). Yesus mati supaya kita dapat hidup. Jika kita percaya kepada Yesus, yakin kematiannya mampu membayar denda dosa kita – maka Semua dosa kita akan diampun dan dibersihkan. Maka kelaparan rohani kita akan dipenuhi. Cahaya lampu akan dinyalakan. Kita akan mendapat hidup yang bermakna. Kita akan kenal Yesus sebagai kawan dan gembala yang benar dan terbaik. Kita yakin bahawa kita akan dapat hidup kekal selepas mati – hidup yang kekal selama-lamanya di syurga bersama Yesus.

“Karena begitu besar kasih Tuhan akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal” (Yohanes 3:16).

Adakah anda sudah membuat keputusan menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila klik ikon “Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini” di bawah.



Balik kepada laman bahasa Melayu

Apakah dia rancangan penyelamatan?