Pasti ke syurga
 
 

Bagaimana boleh saya pasti bahawa saya akan pergi ke syurga selepas mati?



Soalan: Bagaimana boleh saya pasti bahawa saya akan pergi ke syurga selepas mati?

Jawapan: Adakah kamu ketahui dengan pasti bahawa kamu mempunyai hidup kekal dan akan pergi ke syurga selepas mati? Tuhan mahu kamu ketahui dengan pasti! Kitab Injil berkata: “Semuanya itu kutuliskan kepada kamu, supaya kamu yang percaya kepada nama Anak Tuhan, tahu, bahawa kamu memiliki hidup yang kekal”(1 Yohanes 5:13). Bayangkan kamu sekarang berdiri di depan Tuhan dan Dia Tanya kamu, “Mengapa Saya perlu benarkan kamu masuk ke syurga?” Kamu mungkin tidak tahu apa yang hendak dijawab. Apa yang kamu perlu tahu ialah Tuhan telah menyediakan satu cara yang kita boleh tahu dengan pasti dimana kita akan berada dalam dunia akhirat. Kitab Injil berkata begitu: “Karena begitu besar kasih Tuhan akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan beroleh hidup yang kekal.” (Yohanes 3:16).

Kita mula-mula perlu tahu apakah masalahnya yang menahan kita ke syurga. Masalahnya ialah – sifat dosa semulajadi kita merosakkan hubungan kita dengan Tuhan. Kita adalah pedosa secara semulajadi dan juga mengikut sukahati sendiri. “Karena semua orang telah berbuat dosa dan telah kehilangan kemuliaan Tuhan”(Roma 3:23). Kita tidak boleh menyelamatkan diri. “Sebab karena kasih karunia kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Tuhan, Itu bukan hasil usahamu: jangan ada orang yang memegahkan diri” (Efesus 2:8-9). Kita patut pergi ke neraka dan mati kekal. “Sebab upah dosa ialah maut” (Roma 6:23).

Tuhan ialah suci dan adil dan mesti menghukum dosa, tetapi Dia kasih kita dan menyediakan pengampunan dosa. “Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku” (Yohanes 14:6). Yesus mati untuk kita di atas salib: “Sebab juga Kristus telah mati sekali untuk segala dosa kita, Ia yang benar untuk orang-orang yang tidak benar, supaya Ia membawa kita kepada Tuhan; Ia, yang telah dibunuh dalam keadaan-Nya sebagai manusia, tetapi yang telah dibangkitkan menurut Roh” (1 Petrus 3:18). Yesus bangkit daripada kematian: “Iaitu Yesus, yang telah diserahkan karena pelanggaran kita dan dibangkitkan karena pembenaran kita” (Roma 4:25).

Maka, balik kepada soalan asal: “ Bagaimana boleh saya pasti bahawa saya akan pergi ke syurga selepas mati?” Jawapannya ialah – percaya kepada Tuhan Yesus Kristus dan kamu akan diselamatkan (Kisah Para Rasul 16:31). “Tetapi semua orang yang menerima-Nya diberi-Nya kuasa supaya menjadi anak- anak Tuhan, yaitu mereka yang percaya dalam nama-Nya;” (Yohanes 1:12). Kamu boleh menerima hidup kekal sebagai hadiah percuma. “Sebab upah dosa ialah maut; tetapi karunia Tuhan ialah hidup yang kekal dalam Kristus Yesus, Tuhan kita” (Roma 6:23). Kamu boleh hidup satu cara hidup yang bermakna sekarang. Yesus berkata: “Saya datang, supaya mereka mempunyai hidup, dan mempunyainya dalam segala kelimpahan” (Yohanes 10:10). Kamu boleh hidup kekal dengan Yesus di syurga, kerana Dia janji: “Dan apabila Aku telah pergi ke situ dan telah menyediakan tempat bagimu, Aku akan datang kembali dan membawa kamu ke tempat-Ku, supaya di tempat di mana Aku berada, kamu pun berada” (Yohanes 14:3).

Jika kamu ingin menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat dan mendapat pengampunan daripada Tuhan, di sini ada satu contoh doa yang kamu boleh nyatakan. Doa tidak akan menyelamatkan kamu, tetapi kepercayaan kepada Yesus Kristus yang mendatangkan ampun dosa. Doa hanya satu cara menunjukkan iman kamu kepada Tuhan dan berterima kasih kepada Tuhan kerana Dia telah menyediakan pengampunan dosa. "Tuhan, saya mengaku saya sudah berdosa terhadap kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus ganti saya menerima hukuman itu supaya saya dapat diampun melalui kepercayaan ke atas Kristus. Saya akan meninggalkan dosa saya dan percaya kepada Tuhan demi pengampunan. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan kamu yang mengagumkan itu! Amen!"

Adakah anda sudah membuat keputusan menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila klik ikon “Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini” di bawah.



Balik kepada laman bahasa Melayu

Bagaimana boleh saya pasti bahawa saya akan pergi ke syurga selepas mati?