Muslim Kristian
 
 

Saya seorang Muslim, mengapa saya patut mempertimbangkan menjadi seorang Kristian?



Soalan: Saya seorang Muslim, mengapa saya patut mempertimbangkan menjadi seorang Kristian?

Jawapan: Mungkin aspek hubungan yang paling diminati antara Islam dan Kristianiti ialah mengenai apa yang Koran kata berkenaan Yesus. Koran kata Tuhan Allah hantar Yesus and menyokong Dia dengan Holy Spirit (Sura 2:87), bahawa Allah mengangkat Yesus (Sura 2:253), bahawa Yesus adalah baik dan tanpa dosa (Sura 3:46; 6:85; 19:19), bahawa Yesus dibangkitkan daripada kematian (Sura 19:33-34), bahawa Allah memberi perintah kepada Yesus mendirikan satu agama (Sura 42:13), dan bahawa Yesus naik ke syurga (Sura 4:157-158). Akibatnya, Muslim yang taat setia dikehendaki memahami dan mematuhi ajaran Yesus (Sura 3:48-49; 5:46).

Ajaran Yesus dicatat dengan teliti oleh pengikut-pengikutnya, di dalam Gospels. Sura 5:111 kata bahawa pengikut-pengikutnya menerima wahyu daripada Allah supaya percaya akan Yesus dan ajarannya. Sura 61:6,14 menganggap Yesus dan pengikut-pengikutnya sebagai pembantu Allah. Sebagai pembantu Allah, pengikut-pengikut Yesus mungkin dapat mencatat dengan tepat ajaran Yesus. Koran mengajar muslim menyokong dan mengikut Torah dan Gospels sekali (Sura 5:44-48). Jika Yesus tanpa dosa, segala yang Dia ajar mestilah benar. Jika pengikut-pengikut Yesus ialah pembantu Allah, maka mereka akan mencatat ajaran Yesus dengan tepat.

Melalui Mohammad, Allah, di dalam Koran, menyuruh muslim membaca Gospels. Allah tidak akan memberi arahan begitu jika Gospels itu tidak benar. Oleh itu, Gospels di zaman Mohammad mestilah boleh dipercayai dan tepat. Terdapat banyak salinan Gospels 450 tahun sebelum zaman Mohammad. Terdapat seribu dan lebih manuskrip Gospels. Membandingkan salinan yang paling awal, salinan masa Mohammad, dan salinan selepas masa Mohammad – adalah jelas bahawa semua salinan Gospels adalah amat tepat dan konsisten mengenai peribadi Yesus dan ajarannya. Tiada bukti bahawa Gospels telah menjadi tidak benar. Oleh itu, kita boleh tahu dengan keyakinan bahawa semua ajaran Yesus adalah benar, bahawa ajarannya dicatat dengan tepat di dalam Gospels, dan bahawa Allah melindungi Gospels dengan sempurna.

Apakah perkara-perkara mengenai Yesus yang tercatat di dalam Gospels? Di Yohanes 14:6, Yesus kata, “Saya adalah jalan, kebenaran dan kehidupan. Tiada siapa akan diterima Tuhan tanpa melalui Saya”. Yesus kata Dia ialah jalan yang tunggal ke Tuhan. Di Matius 20:19, Yesus kata bahawa Dia akan disalib, dibunuh dan akan bangkit daripada kematian pada hari ketiga. Gospels mencatat ini degan jelas seperti apa yang dijangka oleh Yesus (Matius bab 27-28, Makus bab 15-16, Lukas bab 23-24, Yohanes bab 19-21). Mengapa Yesus, seorang Nabi besar Allah, membenarkan dirinya dibunuh? Mengapa Allah membenarkan ini? Yesus kata tiada kasihan yang lebih berat daripada mengorbankan nyawa kamu kepada kawanmu (Yohanes 15:13). Yohanes 3:16 kata bahawa Tuhan kasihi kita sehingga menghantar Yesus kepada kita sebagai pengorbanan.

Mengapa kita perlukan Yesus mengorbankan nyawanya untuk kita? Inilah perbezaan untama antara Islam dan Kristianiti. Islam mengajar bahawa Allah mengadili kita berasaskan adakah perbuatan baik kita melebihi perbuatan jahat. Walaupun perbuatan baik kita melebihi perbuatan jahat, Allah adalah begitu mulia dan suci dan Dia tidak membenarkan orang yang berdosa sedikitpun masuk ke syurga. Allah yang sempurna dan suci, tidak membenarkan apa-apa yang tidak sempurna masuk ke syurga. Ini menyebabkan kita pergi ke neraka. Kesucian Allah memerlukan pengadilan tetap ke atas dosa. Oleh itu kita perlukan Yesus sebagai pengorbanan.

Seperti apa yang dicatat di dalam Koran, Yesus adalah tanpa dosa. Bagaimana boleh seorang manusia hidup tanpa dosa sepanjang hayatnya? Ini adalah tidak mungkin. Tetapi bagaimana Yesus boleh hidup tanpa dosa? Yesus adalah lebih daripada seorang manusia biasa. Yesus kata dia adalah bersatu dengan Tuhan (Yohanes 10:30). Yesus mengumumkan Dia adalah Tuhan dalam Torah (Yohanes 8:58). Gospels mengajar dengan jelas bahawa Yesus ialah Tuhan dalam bentuk manusia (Yohanes 1:1,14). Tuhan tahu kita semua berdosa dan tidak dapat masuk ke syurga. Tuhan tahu dosa kita hanya akan diampun jika hutang dosa kita dibayar. Tuhan tahu hanya Dia yang boleh membayar harga yang tidak terhad itu. Oleh itu, Tuhan menjadi manusia – Yesus Kristus – hidup tanpa dosa (Sura 3:46; 6:85; 19:19),mengajar ajaran yang sempurna, dan mati untuk kita supaya hutang dosa kita dibiayai. Tuhan buat begitu kerana Dia kasihi kita, kerana Dia mahu kita kekal bersama Dia di syurga.

Oleh itu, apa maknanya semua perkara itu kepada kamu? Yesus adalah pengorbanan sempurna untuk mengampun dosa kamu. Tuhan memberi kita pengampunan dosa dan penyelamatan jika kita sudi menerima hadiahnya (Yohanes 1:12), percaya bahawa Yesus ialah Penyelamat yang mati untuk kita – kawanNya. Jika kamu percaya bahawa Yesus ialah Penyelamat, kamu akan mendapat kepastian hidup kekal di syurga. Tuhan akan mengampun dosa kamu, membersih roh kamu, membaharui roh kamu, memberi kamu hidup yang berisi di dunia ini dan hidup kekal di dunia selepas mati. Bagaimana boleh kita menolak hadiah yang begitu baik? Bagaimana boleh kita menolak Tuhan yang sudi mati untuk kita?

Jika kamu kurang pasti akan apa yang kamu percaya, kami mengajak kamu membaca doa berikut kepada Tuhan, “Tuhan, sila membantu saya mengetahui apa yang benar. Membantu saya mengetahui apa yang salah. Membantu saya mengetahui jalan yang betul ke penyelamatan.” Tuhan akan selalu menghormati doa begitu.

Jika kamu ingin menerima Yesus sebagai Penyelamat individu kamu, bercakaplah kepada Tuhan, secara bersuara ataupun senyap, beritahu Tuhan kamu ingin menerima hadiah penyelamatan Yesus. Jika kamu hendak berdoa, bolehlah mengikut contoh ini : “Tuhan, terima kasih ke atas kasih saying kamu. Terima kasih kerana mengorbankan Dirimu untuk saya. Terima kasih kerana menyediakan pengampunan dan penyelamatan. Saya ingin menerima hadiah ini melalui Yesus. Saya yakin Yesus ialah Penyelamat saya. Saya juga kasihi Tuhan dan menyerahkan diri kepadaMu. Amen!”

Adakah anda sudah membuat keputusan menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila klik ikon “Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini” di bawah.



Balik kepada laman bahasa Melayu

Saya seorang Muslim, mengapa saya patut mempertimbangkan menjadi seorang Kristian?