Kristianiti, kepercayaan Kristian
 
 

Apakah Kristianiti dan apa yang dipercayai oleh Kristian?



Soalan: Apakah Kristianiti dan apa yang dipercayai oleh Kristian?

Jawapan: 1 Korintus 15:1-4 kata, “Dan sekarang, saudara-saudara, aku mau mengingatkan kamu kepada Injil yang aku beritakan kepadamu dan yang kamu terima, dan yang di dalamnya kamu teguh berdiri. Oleh Injil itu kamu diselamatkan, asal kamu teguh berpegang padanya, seperti yang telah kuberitakan kepadamu - kecuali kalau kamu telah sia-sia saja menjadi percaya. Sebab yang sangat penting telah kusampaikan kepadamu, yaitu apa yang telah kuterima sendiri, ialah bahwa Kristus telah mati karena dosa-dosa kita, sesuai dengan Kitab Suci, bahwa Ia telah dikuburkan, dan bahwa Ia telah dibangkitkan, pada hari yang ketiga, sesuai dengan Kitab Suci.”

Secara ringkas, inilah kepercayaan Kristianiti. Kristianiti adalah unik di antara semua kepercayaan, kerana Kristianiti adalah lebih merupai perhubungan daripada upacara agama. Selain daripada mengikut satu senarai “buat dan jangan buat”, tujuan Kristian ialah mengikuti jalan yang disediakan oleh Tuhan. Perhubungan itu mungkin kerana Yesus Kristus dan ministri Holy Spirit di dalam kehidupan Kristian.

Kristian percaya bahawa Kitab Injil ialah diturunkan oleh Tuhan, Perkataan Tuhan yang tiada kesalahan, dan ajarannya adalah muktamad (2 Timoti 3:16, 2 Petrus 1:20-21). Kristian percaya hanya satu Tuhan di dalam bentuk tiga orang, iaitu Bapa, Anak (Yesus Kristus) dan Holy Spirit.

Kristian percaya bahawa manusia dicipta untuk mempunyai perhubungan dengan Tuhan, tetapi dosa memisahkan manusia daripada Tuhan (Roma 5:12, 3:23). Kristianiti ajar bahawa Yesus Kristus berjalan di bumi, Tuhan yang benar dan juga manusia yang benar (Filipi 2:6-11), dan mati di atas salib. Kristian percaya selepas Dia mati, Dia dikebumikan, bangkit semula, dan sekarang berada di sebelah kanan Tuhan Bapa, membuat rayuan untuk mereka yang percaya kepadanya (Ibrani 7:25). Kristianiti mengatakan kematian Yesus di atas salib cukup untuk membayar denda dosa semua manusia dan ini memulihkan perhubungan yang rosak di antara Tuhan dan manusia (Ibrani 9:11-14, 10:10, Roma 6:23, 5:8).

Supaya diselamatkan, kita hanya perlu percaya sepenuhnya kerja yang disempurnakan oleh Yesus Kristus di atas Salib. Jika satu orang percaya bahawa Yesus mati untuknya dan bangkit semula daripada kematian, maka orang itu diselamatkan. Tiada apa yang boleh dibuat oleh manusia untuk mendapat penyelamatan. Tiada siapa boleh “cukup baik” untuk memuaskan Tuhan, kerana kita semua berdosa (Yesaya 64:6-7, 53:6). Kedua, tiada apa lain yang perlu dibuat kerana Yesus sudah buat kesemuanya! Bila Dia di atas salib, Dia kata, “Sempurna” (Yohanes 19:30).

Kita tidak boleh buat apa untuk mendapat penyelamatan, sebaik sahaja seorang percaya bahawa Kristus telah mati dan bangkit daripada kematian, maka tidak akan orang itu hilangkan penyelamatannya. Ingat, keraja penyelamatan telah dibuat dan disempurnakan oleh Yesus. Penyelamatan tidak bergantung kepada manusia! Yohanes 10:27-29 kata, “Domba-domba-Ku mendengarkan suara-Ku dan Aku mengenal mereka dan mereka mengikut Aku, dan Aku memberikan hidup yang kekal kepada mereka dan mereka pasti tidak akan binasa sampai selama-lamanya dan seorang pun tidak akan merebut mereka dari tangan-Ku. Bapa-Ku, yang memberikan mereka kepada-Ku, lebih besar dari pada siapa pun dan seorang pun tidak dapat merebut mereka dari tangan Bapa.”

Ada orang mungkin fikir, “Ini bagus – bila saya sudah diselamatkan, saya boleh buat apa-apa yang saya mahu, dan tidak akan hilang penyelamatan saya!” Tetapi penyelamatan bukannya membuat apa yang disukai oleh kamu. Penyelamatan ialah bebas daripada kehidupan berdosa yang dulu, dan bebas mengejar cara hidup yang berbaik-baik dengan Tuhan. Asalkan penganut-penganut masih tinggal di dunia ini dalam keadaan asal yang berdosa, mereka akan terus bertempur dengan nafsu yang berdosa. Hidup dalam dosa mencegah perhubungan yang baik dengan Tuhan, penganut Kristianiti yang masih membuat dosa tidak akan menikmati hubungan yang baik dengan Tuhan. Walaubagaimanapun, Kristian akan menang dalam pertempuran dengan dosa ini jika mereka membaca Kitab Suci dan menggunakan perkataan Tuhan dalam hidup mereka; dan sudi diajar oleh Holy Spirit; tunduk kepada pengaruh Holy Spirit dan melaluinya mematuhi ajaran Tuhan.

Jadi, agama-agama lain memerlukan kita membuat sesuatu untuk mendapat pahala yang baik, tetapi Kristianiti aialah mengenai hubungan baik dengan Tuhan. Kristianiti ialah mengenai percaya kepada Kristus mati di atas salib dan membayar dosa kita, dan bangkit semula daripada kematian. Denda dosa kamu dibiayai dan kamu boleh menikmati hubungan yang baik dengan Tuhan. Kamu boleh memenangi sifat dosa semulajadi dan berjalan dengan Tuhan dalam keadaan taat-setia. Inilah Kristianiti yang benar mengikut ajaran Kitab Injil.



Balik kepada laman bahasa Melayu

Apakah Kristianiti dan apa yang dipercayai oleh Kristian?