Apakah yang dikatakan Alkitab tentang seorang Kristian yang berhutang? Haruskah seorang Kristian meminjam atau memberi pinjaman wang?




Soalan: Apakah yang dikatakan Alkitab tentang seorang Kristian yang berhutang? Haruskah seorang Kristian meminjam atau memberi pinjaman wang?

Jawapan: Dalam Roma 13: 8, Paulus memberi nasihat supaya kita jangan berhutang apa-apa kepada sesiapa dan kasih merupakan peringatan yang baik tentang betapa Tuhan tidak menyenangi semua bentuk hutang yang tidak dibayar pada waktunya (Mazmur 37: 21). Pada masa yang sama, Alkitab tidak mengandungi perintah yang jelas menentang semua bentuk hutang. Alkitab memberi amaran terhadap hutang dan memuji nilai mulia mereka yang tidak mahu berhutang tetapi tidak melarang hutang itu sendiri. Alkitab mempunyai kata-kata kutukan yang kesat untuk peminjam-peminjam yang menindas orang-orang yang terikat dengan hutang, tetapi ia tidak mengutuk mereka yang berhutang.

Sesetengah orang mempersoalkan tindakan mengenakan bayaran faedah ke atas pinjaman yang diberikan. Namun Alkitab berkali-kali bercakap tentang satu kadar faedah berpatutan yang dijangka akan diterima terhadap wang yang telah dipinjamkan (Amsal 28:8; Matius 25:27). Dalam Israel kuno Hukum Taurat mempunyai satu kategori pinjaman yang melarang mengenakan bayaran faedah iaitu pinjaman kepada fakir miskin (Imamat 25:35-38). Undang-undang ini mempunyai banyak implikasi sosial, kewangan dan rohani, tetapi dua daripadanya patut disebutkan di sini. Pertama, ketetapan ini benar-benar membantu orang-orang miskin dengan tidak memburukkan lagi keadaan mereka. Sudah cukup teruk untuk jatuh miskin dan tambah memalukan lagi untuk perlu meminta bantuan. Tetapi jika tambahan dikenakan terhadap bayaran balik pinjaman, orang miskin akan terpaksa membuat bayaran faedah yang akan menindas mereka. Kewajipan itu akan lebih melukakan daripada membantu.

Kedua, undang-undang itu mengajar satu pelajaran rohani yang penting. Untuk memberi pinjaman tanpa bayaran faedah kepada orang miskin merupakan satu tindakan belas kasihan. Pemberi pinjaman akan kehilangan penggunaan wang sewaktu wang dipinjam. Namun itu dapat menjadi satu cara yang jelas untuk menyatakan kesyukuran terhadap belas kasihan Tuhan yang tidak mengenakan “faedah” ke atas kasih yang telah dilanjutkan-Nya terhadap mereka. Sebagaimana Tuhan dalam belas kasihan-Nya telah membawa orang-orang Israel keluar daripada Mesir sewaktu mereka merupakan hamba abdi yang tidak mempunyai apa-apa dan memberikan tanah untuk menjadi milik mereka sendiri (Imamat 25: 38), demikian juga Dia berharap supaya mereka menyatakan belas kasihan yang sama kepada orang-orang miskin.

Orang-orang Kristian berada dalam satu situasi yang sama. Kehidupan, kematian dan kebangkitan Yesus telah membayar kesemua hutang dosa kita terhadap Tuhan. Sekarang apabila berpeluang, kita dapat menolong mereka yang memerlukan, terutama sekali saudara seiman, dengan memberi pinjaman yang tidak akan membebani mereka. Yesus telah memberikan satu perumpamaan berhubung perkara ini dalam Matius 18: 23-35 iaitu tentang dua orang yang berhutang dan sikap terhadap pengampunan.

Alkitab tidak mempunyai larangan atau kebenaran yang jelas tentang meminjam wang. Hikmat Alkitab mengajar kita bahawa menanggung hutang bukan satu perkara yang baik. Hutang pada dasarnya menjadikan kita seorang hamba kepada orang yang memberikan pinjaman itu. Pada waktu yang sama berhutang juga merupakan “kesusahan yang diperlukan”. Selagi wang sedang diurus dengan bijak dan pembayaran hutang dapat diurus, seorang Kristian dapat mengambil beban hutang apabila itu memang sangat diperlukan.



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah yang dikatakan Alkitab tentang seorang Kristian yang berhutang? Haruskah seorang Kristian meminjam atau memberi pinjaman wang?