Haruskah orang Kristian berjumpa dokter?




Soalan: Haruskah orang Kristian berjumpa dokter?

Jawapan: Ada beberapa orang Kristian yang berpendirian bahawa mendapat khidmat dokter sebagai suatu perkara yang menunjukkan kurangnya iman terhadap Tuhan. Dalam satu pergerakan yang disebut Word-Faith (Firman dan Iman), dikatakan bahawa bertemu dengan seorang dokter merupakan satu petanda kurangnya iman dan itu akan menghalang Tuhan menyembuhkan anda. Dalam kumpulan-kumpulan seperti Christian Science, mendapatkan pertolongan seorang dokter dipandang sebagai satu halangan untuk menggunakan kuasa rohani yang Tuhan telah berikan kepada kita. Pandangan ini sama sekali tidak masuk akal. Sekiranya kereta anda rosak adakah anda membawa kereta anda berjumpa mekanik atau menunggu Tuhan untuk melakukan mukjizat dan menyembuhkan kereta anda? Sekiranya paip di rumah anda bocor, adakah anda menunggu Tuhan untuk datang dan mengurus kebocoran itu? Tuhan memang dapat membaiki kereta atau kebocoran paip sebagaimana Dia dapat menyembuhkan tubuh kita tetapi kenyataan bahawa Tuhan dapat dan melakukan keajaiban kesembuhan bukan bererti kita mengharapkan keajaiban berlaku dan tidak mendapatkan pertolongan daripada mereka yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk menolong kita.

Para dokter disebut lebih kurang 12 kali dalam Alkitab. Satu-satunya ayat yang dapat diambil keluar daripada konteksnya dan digunakan untuk mengajar bahawa kita ini tidak perlu berjumpa dan mendapatkan pertolongan dokter terdapat dalam 2 Tawarikh 16:12 yang berkata “Pada tahun ketiga puluh sembilan pemerintahannya Asa menderita sakit pada kakinya yang kemudian menjadi semakin parah. Namun dalam kesakitannya itu ia tidak mencari pertolongan TUHAN, tetapi pertolongan tabib-tabib.” Isu dalam ayat ini bukan pada soal Asa mendapatkan pertolongan daripada dokter-dokter melainkan pada sikap dan tindakannya yang tidak meminta pertolongan daripada Tuhan.”

Terdapat banyak ayat Firman tentang penggunaan “rawatan-rawatan perubatan” seperti menggunakan kain pembalut(Yesaya 1:6), minyak (Yakobus 5:14), minyak dan anggur (Lukas 10:34), daun-daun (Yehezkiel 47:12),anggur (1 Timotius 5:23) dan minyak salap terutama sekali minyak “balsam dari Gilead” (Yeremia 8:22). Lukas juga, iaitu penulis Kisah Para Rasul dan Injil Lukas dirujuk oleh Paulus sebagai “tabib yang dikasihi” (Kolose 4:14).

Markus 5:25-30 bercerita tentang seorang wanita yang bermasalah sakit pendarahan yang tidak berhenti. Masalah kesihatan ini tidak dapat disembuhkan oleh dokter walaupun dia telah sering kali berjumpa dengan mereka dan telah menghabiskan wangnya. Sewaktu mendekati Yesus, wanita itu berfikir sekiranya dia setakat dapat menyentuh jubah-Nya maka dia akan sembuh. Dia dapat menyentuh jubah Yesus dan menjadi sembuh. Apabila orang-orang Farisi yang bertanya mengapa Yesus menghabiskan masa dengan orang-orang berdosa, Dia menjawab "Bukan orang sihat yang memerlukan tabib, tetapi orang sakit” (Matius 9:12). Ada beberapa prinsip dapat diambil daripada ayat ini;

1) Para dokter bukan Tuhan dan tidak boleh dipandang seperti itu. Kadangkala mereka dapat membantu tetapi pada waktu yang lain perkara yang mereka dapat lakukan hanyalah menghabiskan wang .

2) Bberjumpa dan mendapatkan khidmat dokter dan menggunakan kaedah-kaedah “dalam dunia” tidak dipersalahkan dalam Firman Tuhan. Sebenarnya, rawatan-rawatan perubatan dipandang baik.

3) Perlu mendapatkan campurtangan Tuhan dalam setiap masalah fizikal (Yakobus 4:2; 5:13). Tuhan tidak berjanji akan menjawab setiap kali dengan cara yang kita inginkan (Yesaya 55: 8-9), tetapi kita boleh yakin bahawa semua yang dilakukan-Nya akan dilakukan dalam kasih dan demi kebaikan kita (Mazmur 145: 8-9) .

Jadi haruskah orang-orang Kristian berjumpa dokter? Tuhan mencipta kita sebagai mahluk yang pintar dan memberikan kita kebolehan untuk membuat ubat dan belajar bagaimana untuk memperbaiki diri kita. Bukan menjadi kesalahan untuk menggunakan pengetahuan dan kebolehan ini untuk mendapatkan kesembuhan jasmani. Para dokter dapat dilihat sebagai pemberian Tuhan kepada kita yang mana melalui mereka Tuhan membawa kesembuhan dan pemulihan. Pada akhirnya iman kita terletak pada Tuhan, dan bukannya terhadap dokter dan ubat-ubatan. Sebagaimana membuat keputusan-keputusan yang sukar, kita perlu mencari Tuhan yang berjanji akan memberikan hikmat apabila kita memintanya (Yakobus 1: 5).



Balik ke laman bahasa Melayu

Haruskah orang Kristian berjumpa dokter?