Kitab Injil Perkataan Tuhan
 
 

Adakah Kitab Injil benar-benar Perkataan Tuhan?



Soalan: Adakah Kitab Injil benar-benar Perkataan Tuhan?

Jawapan: Jawapan kepada soalan ini bukan sahaja menentukan pandangan kita terhadap Kitab Injil dan kepentingannya kepada hidup kita, tetapi juga ia akan mempengaruhi kita sepanjang masa. Jika Kitab Injil ialah perkataan Tuhan, maka kita perlu menghargai ia, mengaji ia dan akhirnya percaya ia. Jika Kitab Injil ialah perkataan Tuhan maka menafikan ia adalah sama dengan menafikan Tuhan sendiri.

Hakikat Tuhan bagi kita Kitab Injil menunjukkan kasihnya kepada kita. Perkataan Wahyu bermakna Tuhan berhubung dengan manusia untuk memberitahu siapa Tuhan dan bagaimana kita boleh mempunyai hubungan baik dengan Dia. Perkara-perkara itu tidak akan diketahui oleh manusia jika Tuhan tidak menurunkan Wahyu melalui Kitab Injil. Walaupun Wahyu Tuhan di dalam Kitab Injil diturunkan berperingkat selama 1500 tahun, ia mengandungi semua maklumat penting mengenai Tuhan supaya kita dapat mempunyai hubungan baik denganNya. Jika Kitab Injil perkataan benar Tuhan, maka ia adalah kewibawaan muktamad ke atas kepercayaan, peraturan agama dan akhlak.

Soalan yang patut kita Tanya ialah bagaimana kita boleh tahu Kitab Injil ialah perkataan Tuhan dan bukan hanya sebuah buku yang baik. Apa sifat Kitab Injil yang unik yang memisahkan ia daripada buku-buku agama lain. Terdapatkah bukti bahawa Kitab Injil ialah perkataan Tuhan yang benar? Soalan-soalan itulah yang patut kita mengaji jika kita serius hendak mengetahui adakah Kitab Injil itu Perkataan Tuhan, diturunkan oleh Tuhan dan ajarannya lengkap untuk kepercayaan dan amalan agama.

Hakikatnya, Kitab Injil memang menuntut bahawa ia itu Perkataan Tuhan. Adalah jelas di 2 Timotius 3:15-17, berkata,” Ingatlah juga bahwa dari kecil engkau sudah mengenal Kitab Suci yang dapat memberi hikmat kepadamu dan menuntun engkau kepada keselamatan oleh iman kepada Kristus Yesus. Segala tulisan yang diilhamkan Allah memang bermanfaat untuk mengajar, untuk menyatakan kesalahan, untuk memperbaiki kelakuan dan untuk mendidik orang dalam kebenaran. Dengan demikian tiap-tiap manusia kepunyaan Allah diperlengkapi untuk setiap perbuatan baik.”

Untuk menjawab soalan-soalan itu kita perlu melihat pada bukti dalaman dan luaran. Bukti dalaman ialah kandungan Kitab Injil yang mempersaksikan ia berasal daripada Tuhan. Satu bukti dalaman bahawa Kitab Injil perkataan Tuhan ialah kesatuannya. Walaupun ia terdiri daripada 66 buku berasingan, ditulis di tiga benua, dalam bahasa yang berlainan, dalam masa 1500 tahun, oleh 40 penulis-penulis (daripada latar belakang yang lain), kandungan Kitab Injil masih dalam kesatuan dari permulaan hingga kenamatan tanpa percanggahan. Kesatuan ini adalah unik yang tidak terdapat di buku-buku lain dan membuktikan asalnya daripada Tuhan yang membuat manusia tulis perkataanNya secara tepat.

Satu lagi bukti dalaman yang menunjukkan Kitab Injil perkataan Tuhan boleh dilihat daripada kerasulan yang teliti di dalamnya. Kitab Injil mengadungi beratus-ratus kerasulan teliti mengenai masa depan negara-negara seperti Israel, masa depan bandar-bandar tertentu, masa depan manusia dan meramal kedatangan Messiah, penyelamat Israel dan dunia. Berlainan dengan peramalan buku agama lain seperti Nostradamus, kerasulan Kitab Injil adalah amat teliti dan tidak pernah gagal. Terdapat 300 kerasulan mengenai Yesus Kristus di dalam Kitab Zabur. Bukan sahaja mengata di mana Yesus akan dilahirkan dan siapa keluarganya, tetapi juga bagaimana Dia akan mati dan bangkit selepas tiga hari. Tiada cara lain boleh menjelas kerasulan yang berlaku kecuali Kitab Injil itu betul-betul berasal daripada Tuhan. Tiada buku-buku agama lain mempunyai kerasulan seperti Kitab Injil.

Bukti dalam yang ketiga ialah kewibawaan dan kekuasaannya yang unik. Walaupun bukti ini adalah lebih subjektif daripada kedua bukti dahulu, ia tidak kurang testimony yang berkuasa bahawa Kitab Injil berasal daripada Tuhan. Kitab Injil menpunyai kekuasaan yang unik dan berlainan daripada buku-buku agama lain. Kuasanya boleh dilihat daripada fakta bahawa kehidupan banyak orang diubah oleh Kitab Injil selepas mereka membacanya. Penagih dadah diubati, banduan yang keras hati dijadikan baik, pedosa-pedosa ditegur olehnya, dan kebencian ditukar kepada kasih. Kitab Injil mempunyai kuasa yang dinamik dan menyentuh hati manusia, ini hanya boleh dilakukan oleh Tuhan.

Selain daripada bukti dalaman, terdapat juga bukti luaran. Salah satu bukti ialah kesejarahan Kitab Injil. Kerana Kitab Injil menyatakan peristiwa sejarah dengan teliti maka ketepatan dan kebolehpercayaannya boleh disemak seperti buku sejarah lain. Melalui bukti-bukti kaji purba dan buku-buku sejarah lain, kecatatan sejarah Kitab Injil selalu dibukti tepat. Sebenarnya, manuskrip kaji purba menyokong Kitab Injil dan membuatnya buku yang boleh dipercayai sejak masa zaman dulu. Hakikat bahawa Kitab Injil menulis dengan tepat perkara-perkara sejarah menunjukkan kebolehpercayaannya bila berkaitan dengan subjek agama dan doktrin kepercayaan, ini membantu menyokong Kitab Injil ialah perkataan benar Tuhan.

Satu lagi bukti luaran ialah integriti penulis-penulisnya. Seperti yang dikatakan dahulu, Tuhan guna manusia yang berlainan latar belakang menulis perkataannya untuk kita. Bila mengaji kehidupan penulis-penulis itu, adalah boleh dipercayai bahawa mereka adalah orang yang jujur dan ikhlas. Pengajian ke atas hidup mereka dan fakta bahawa mereka sudi mati (secara seksa) untuk kepercayaan mereka, jelaslah bahawa manusia yang biasa itu benar-benar percaya Tuhan telah bercakap dengan mereka. Mereka yang tulis Kitab Injil dan pengikut-pengikut Yesus percaya akan Kitab Injil kerana mereka bersama dengan Yesus dan pernah melihat Yesus selepas Dia bangkit daripada kematian (1 Korintus 15:6). Kebangkitan Yesus memberi pengaruh yang kuat ke atas pengikutnya. Mereka tidak takut dan sembunyi lagi, tetapi sudi mati untuk Tuhan yang menurunkan Wahyu kepada mereka. Kehidupan dan kematian mereka membuktikan Kitab Injil itu perkataan benar Tuhan.

Bukti luaran terakhir ialah Kitab Injil tidak dapat dihapuskan. Kerana Kitab Injil mengatakannya Perkataan Tuhan yang penting, maka ia mengalami serangan dan percubaan menghapuskannya. Daripada Raja Roman seperti Diocletian, melalui komunis dan mereka tidak percaya Tuhan dan mengkritik Kitab Injil, Kitab Injil kekal wujud dan dicetak di seluruh dunia.

Sepanjang masa, mereka meragui menganggap Kitab Injil mitologi, tetapi kaji purba membuktikan kesejarahannya. Pembangkang menyerangnya sebagai primitive dan ketinggalan zaman, tetapi ajaran moral dan perundangannya mempunyai pengaruh yang positif ke atas masyarakat dan kebudayaan di seluruh dunia. Ia terus diserang oleh sains, saikologi dan politik tetapi ia masih kekal wujud seperti masa dulu. Ia adalah sebuah buku yang telah mengubah beribu-ribu nyawa dan kebudayaan sejak 2000 tahun dulu. Tidak kisah bagaimana pembangkangnya menentangnya dan cuba memusnahkannya, Kitab Injil masih kekal kuat dan boleh dipercayai. Ketepatannya kekal walaupun ada percubaan hendak merosakkannya, membuktikannya perkataan Tuhan yang benar. Kita tidak rasa kagum bila melihat Kitab Injil kekal tak berubah walaupun diserang dengan sengit. Lagi pun, Yesus berkata, “Langit dan bumi akan berlalu, tetapi perkataan-Ku tidak akan berlalu.” (Markus 13:31). Selepas mengaji semua bukti dan fakta, kita boleh kata dengan yakin bahawa “Ya, Kitab Injil adalah Perkataan Tuhan yang benar”.



Balik kepada laman bahasa Melayu

Adakah Kitab Injil benar-benar Perkataan Tuhan?