| |
Terdapatkah hidup selepas mati?
Soalan: Terdapatkah hidup selepas mati?
Jawapan:
Terdapatkah kehidupan selepas kematian? Kitab Injil beritahu kita, "Manusia yang lahir dari perempuan, singkat umurnya dan penuh kegelisahan. Seperti bunga ia berkembang, lalu layu, seperti bayang-bayang ia hilang lenyap dan tidak dapat bertahan. … Kalau manusia mati, dapatkah ia hidup lagi? (Ayub 14:1-2, 14)
Seperti Ayub, kebanyakan kita dicabar oleh soalan ini. Apa sebenarnya yang akan berlaku kepada kita selepas mati? Adakah kita akan berhenti wujud? Adakah kehidupan ialah satu pintu berputar yang membernarkan kita pergi-balik di dunia ini untuk mencapai kebesaran diri? Adakah semua orang pergi ke tempat yang sama, atau ke tempat yang berlainan? Adakah neraka dan syurga benar, atau mereka hanya khayalan sahaja?
Kitab Injil bukan hanya kata Terdapat kehidupan selepas mati, tetapi juga hidup kekal yang mulia di mana “Apa yang tidak pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga, dan yang tidak pernah timbul di dalam hati manusia: semua yang disediakan Tuhan untuk mereka yang mengasihi Dia” (1 Korintus 2:9). Yesus Kristus, Tuhan dalam bentuk manusia, datang ke dunia ini untuk memberi kita hadiah hidup kekal. “Tetapi dia tertikam oleh karena pemberontakan kita, dia diremukkan oleh karena kejahatan kita; ganjaran yang mendatangkan keselamatan bagi kita ditimpakan kepadanya, dan oleh bilur-bilurnya kita menjadi sembuh” (Yesaya 53:5).
Yesus ganti kita dihukum dan mengorbankan nyawanya. Tiga hari selepas kematiannya, Dia membuktikan kemenangannya ke atas kematian dengan kebangkitan daripada kubur, secara rohaniah dan fizikal. Dia berada di dunia selama empat puluh hari dan disaksi oleh ribuan orang sebelum naik ke atas Syurga kediaman kekalnya. Roma 4:25 kata, “Yesus, yang telah diserahkan karena pelanggaran kita dan dibangkitkan karena pembenaran kita”.
Kebangkitan Yesus adalah peristiwa yang tercatat di dalam sejarah. Rasul Paulus mencabar mereka yang meragukan kebangkitan Yesus, tetapi tiada orang dapat mencabar kebenarannya. Kebangkitan Yesus ialah asas kepercayaan Kristian; kerana Kristus hidup semula, maka kita percaya kita akan hidup semula juga.
Paulus menasihat Kristian masa awal yang tidak percaya kebangkitan Yesus: “Jadi, bilamana kami beritakan, bahwa Kristus dibangkitkan dari antara orang mati, bagaimana mungkin ada di antara kamu yang mengatakan, bahwa tidak ada kebangkitan orang mati? Kalau tidak ada kebangkitan orang mati, maka Kristus juga tidak dibangkitkan” (1 Korintus 15:12-13).
Kristus ialah hasil pertama kepada mereka yang akan juga dihidupkan semula. Kematian fizikal datang daripada satu orang, iaitu Adam, kita semua dikaitkan dengannya. Tetapi bagi mereka yang diterima oleh keluarga Tuhan melalui kepercayaan di dalam Yesus akan diberi kehidupan baru (1 Korintus 15:20-22). Seperti Tuhan membangkitkan Yesus, kita juga akan dihidupkan semula bila Yesus balik ke dunia ini (1Korintus 6:14).
Walaupun kita semua dibangkitkan, tetapi bukan semua orang akan pergi ke syurga. Satu keputusan mesti dibuat pada kehidupan sekarang untuk menentukan di mana kita akan pergi di dunia akhirat. Kita Injil kata adalah takdir bahawa kita akan mati, dan selepas mati ada pengadilan (Ibrani 9:27). Mereka yang dijadikan betul akan pergi ke syurga dan hidup kekal, tetapi mereka yang tidak percaya akan dihantar ke neraka untuk dihukum (Matius 25:46).
Neraka, seperti syurga, bukan hanya wujud, tetapi satu tempat yang benar. Ia adalah satu tempat di mana orang yang berdosa akan mengalami kemarahan kekal daripada Tuhan. Mereka akan mengalami penyeksaan emosi, mental dan fizikal, menanggung secara sedar kemaluan, penyesalan dan kehinaan.
Neraka diterangkan sebagai lubang yang sangat dalam (Lukas 8:31, Wahyu 9:1), dan satu kolam api, bakar dengan sulfur, di mana orang-orang di dalam akan diseksa setiap malam dan siang selama-lamanya (Wahyu 20:10). Di neraka, terdapat kesedihan dan kegeraman hati, menunjukkan kesedihan dan kemarahan adalah kuat (Matius 13:42). Ia adalah satu tempat “di mana ulat-ulat bangkai tidak mati dan api tidak padam” (Markus 9:48). Tuhan tidak gembira ke atas orang dosa yang mati, tetapi inginkan mereka meninggalkan cara hidup dosa mereka supaya dapat hidup (Yehezkiel 33:11). Namun Tuhan tidak akan memaksa kita patuh kepadanya; jika kita pilih menolak Dia, Dia terpaksalah bagi apa yang kita mahu – iaitu dipisahkan daripadaNya.
Kehidupan di dunia adalah satu ujian – satu persiapan untuk apa yang akan datang. Bagi penganut-penganut, ia adalah hidup kekal bersama Tuhan. Jadi bagaimana boleh kita dijadikan betul dan dapat menerima hidup kekal? Hanya satu cara – melalui kepercayaan dan keyakinan di dalam anak Tuhan, Yesus Kristus. Yesus kata, "Akulah kebangkitan dan hidup; barangsiapa percaya kepada-Ku, ia akan hidup walaupun ia sudah mati, dan setiap orang yang hidup dan yang percaya kepada-Ku, tidak akan mati selama-lamanya.…" (Yohanes 11:25-26).
Hadiah percuma hidup kekal ini adalah diberi kepada semua orang, tetapi ia perlukan kita menafikan keselesaan dunia ini dan persembahkan diri untuk Tuhan. “Barangsiapa percaya kepada Anak, ia beroleh hidup yang kekal, tetapi barangsiapa tidak taat kepada Anak, ia tidak akan melihat hidup, melainkan murka Allah tetap ada di atasnya." (Yohanes 3:36). Kita tidak akan diberi peluang menyesal dosa selepas mati kerana masa itu kita akan melihat Tuhan, pada masa itu kita terpaksa mengaku kebenaran Tuhan. Tuhan mahu kita menerimanya dengan iman dan kasih. Jika kita mengaku dosa diri dan menerima Yesus sebagai penyelamat untuk membayar denda dosa dan pengkhianatan terhadap Tuhan, kita akan dijanji hidup yang bermakna di dunia sekarang dan juga hidup kekal bersama Kristus di syurga.
Jika kamu ingin menerima Yesus Kristus sebagai penyelamat, di sini ada satu doa yang ringkas. Ingat, sekedar mengucapkan doa ini atau doa-doa lainnya tidak akan menyelamatkan anda. Hanya percaya kepada Yesus yang akan menyelamatkan anda dari dosa. Doa ini adalah sebuah cara untuk mengungkapkan kepada Tuhan bahwa Anda beriman kepadaNya dan untuk berterima kasih kepadaNya untuk keselamatan yang Dia sediakan bagi anda. “Tuhan, saya tahu bahwa saya telah berdosa kepadaMu dan pantas untuk dihukum. Namun Yesus Kristus telah menanggung hukuman yang seharusnya saya tanggung sehingga dengan beriman kepadaNya saya dapat diampuni. Saya berbalik dari dosa-dosaku dan percaya kepadaMu untuk diselamatkan. Terima kasih untuk anugerah dan pengampunanMu yang indah – karunia hidup kekal! Amen!”
Adakah anda sudah membuat keputusan menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila klik ikon “Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini” di bawah.
Balik kepada laman bahasa Melayu
Terdapatkah hidup selepas mati?
|
|