Siapakah dia isteri Kain? Adakah isteri Kain adik perempuannya?
Soalan: Siapakah dia isteri Kain? Adakah isteri Kain adik perempuannya?
Jawapan:
Kitab Injil tidak kata dengan spesifik siapakah isteri Kain. Jawapan yang mungkin betul ialah isteri Kain ialah adik perempuannya atau anak saudara perempuannya. Kitab Injil tidak kata berapa umur Kain semasa dia membunuh adiknya Abel (Kejadian 4:8). Kerana mereka ialah petani, mereka mungkin sudah dewasa dan mempunyai keluarga masing-masing. Adam dan Hawa mestinya mempunyai anak yang lain semasa Abel dibunuh – dan mereka juga terus beranak selepas peristiwa tersebut (Kejadian 5:4). Hakikatnya Kain berasa takut selepas membunuh adiknya Abel (Kejadian 4:14) menunjukkan terdapatnya anak-anak lain daripada ibu-bapanya, mungkin cucu and anak cucu mereka. Isteri Kain (Kejadian 4:17) mungkin ialah anak perempuan atau cucu perempuan Adam dan Hawa.
Kerana Adam dan Hawa adalah manusia yang pertama, anak-anak mereka tidak ada pilihan lain kecuali mengahwini sesama sendiri. Tuhan tidak menghalang perkahwinan dalam keluarga sendiri sehingga masa lebih lewat dimana terdapat cukup manusia dan perkahwinan antara ahli-ahli keluarga sendiri tidak diperlukan lagi (Imamat 18:6-18). Perbuatan sumbang muhrim menyebabkan kecacatan genetik dalam anak yang dilahirkan kerana abang dan adik yang berkahwin mempunyai bahan genetik yang sama, ia mungkin diturunkan daripada ibubapa yang mempunyai kecacatan genetik. Kod genetik manusia makin dicemarkan dari keturunan ke keturunan akibat kecacatan genetik bertambah, menjadi lebih kuat dan diturunkan ke generasi berikutan. Adam dan Hawa tidak mempunyai kecacatan genetik dan ini membolehkan generasi pertama mereka mempunyai kesihatan yang baik dan perkahwinan antara ahli keluarga tidak menimbulkan masalah. Anak-anak Adam dan Hawa tidak mempunyai kecacatan genetik, adapun sangat sedikit dan tidak serius. Oleh itu, adalah selamat untuk mereka kahwin antara satu sama lain. Adalah mungkin ajaib atau keji melihat isteri Kain ialah adik perempuannya. Pada permulaan, Tuhan hanya mencipta satu lelaki dan perempuan, generasi kedua tidak ada pilihan lain kecuali mengahwini ahli-ahli keluarga yang sama.
Balik kepada laman bahasa Melayu
Siapakah dia isteri Kain? Adakah isteri Kain adik perempuannya?
|