Dosa hubungan homoseks mengikut ajaran
 
 

Apa yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai hubungan homoseks? Adakah hubungan homoseks sesuatu dosa?



Soalan: Apa yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai hubungan homoseks? Adakah hubungan homoseks sesuatu dosa?

Jawapan: Kitab Injil selalunya memberitahu kita aktiviti homoseks adalah sesuatu dosa (Kejadian 19:1-13; Leviticus 18:22; Roma 1:26-27; 1 Korintus 6:9). Roma 1:26-27 mengajar dengan spesifik bahawa hubungan homoseks adalah akibat penafian dan penentangan terhadap Tuhan. Bila seseorang terus hidup di dalam dosa dan ketidakpercayaan, Kitab kata oleh kerana itu Tuhan biarkan orang itu menjadi lebih jahat dan jatuh akhlak supaya menunjukkan kepada mereka bahawa kehidupan tanpa Tuhan adalah tidak bermakna dan tiada harapan. 1 Korintus 6:9 mengisytiharkan bahawa mereka yang membuat hubungan homoseks tidak akan dibenarkan mengambil bahagian dalam kerajaan Tuhan.

Tuhan tidak mencipta seseorang dengan keghairahan homoseks. Kitab Injil kata seseorang menjadi homoseks disebabkan oleh dosa (Roma 1:24-27), dan juga akibat pilihan mereka sendiri. Seseorang mungkin dilahirkan dengan kecendorongan terhadap homoseks, seperti ada orang yang dilahirkan dengan kecendorongan terhadap keganasan dan dosa-dosa lain. Tetapi ini tidak bermakna orang itu mempunyai hak untuk membuat dosa mengikut sukahati sendiri. Jika seseorang dilahirkan dengan kecendorongan naik marah, adakah ini menjadikan mereka betul untuk naik marah? Mestinya tidak! Sama seperti dalam perkara homoseks ini.

Walaubagaimanapun, Kitab Injil tidak kata hubungan homoseks adalah satu dosa yang lebih besar daripada dosa lain. Semua dosa adalah tidak dibenarkan oleh Tuhan dan menaikkan kemarahan Tuhan. Hubungan homoseks hanya ialah salah satu daripada banyak perbuatan dosa yang disenaraikan di 1 Korintus 6:9-10 yang akan menyebabkan orang itu terpisah daripada kerajaan Tuhan. Mengikut Kitab Injil, pengampunan dosa Tuhan adalah juga diberikan kepada meraka yang membuat hubungan homoseks, seperti kepada orang yang berzina, penyembah patung, pembunuh, pencuri dan sebagainya. Tuhan juga berjanji memberi kuasa mengatasi dosa, termasuk homoseksualiti, kepada mereka yang percaya kepada Yesus Kristus untuk penyelamatan mereka (1 Korintus 6:11; 2 Korintus 5:17).



Balik kepada laman bahasa Melayu

Apa yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai hubungan homoseks? Adakah hubungan homoseks sesuatu dosa?