Apakah dia doa orang berdosa?
Soalan: Apakah dia doa orang berdosa?
Jawapan:
Doa orang berdosa ialah doa seseorang kepada Tuhan bila dia menyedar sendiri ialah seorang berdosa dan perlukan Penyelamat. Menyebut doa orang dosa sahaja tidak akan mencapai apa-apa. Doa orang berdosa hanya akan berkesan jika orang itu menyedar, memahami dan percaya bahawa dia telah berdosa dan perlukan penyelamatan.
Aspek pertama doa orang berdosa ialah menyedari bahawa kita adalah orang berdosa. Roma 3:10 mengumumkan, “Tidak ada yang benar, seorang pun tidak.” Kitab Injil menyatakan dengan terang bahawa kita semua telah berdosa. Kita berdosa dan perlukan rahmat dan pengampunan dosa daripada Tuhan (Titus 3:5-7). Kerana dosa, kita patut dihukum selama-lamanya (Matius 25:46). Doa orang berdosa ialah satu rayuan dan bukan pengadilan. Ia adalah permintaan untuk ampun dan bukan kemarahan.
Aspek kedua doa orang berdosa ialah mengetahui bahawa Tuhan telah membuat sesuatu untuk mengubati kita dan menebus dosa kita. Tuhan menjadi manusia dalam bentuk Yesus Kristus (Yohanes 1:1,14). Yesus mengajar kita tentang Tuhan dan menjalankan kehidupan yang sempurna tanpa dosa (Yohanes 8:46; 2 Korintus 5:21). Yesus kemudian mati di atas salib untuk kita, supaya kita tidak perlu menerima hukuman mati lagi(Roma 5:8). Yesus bangkit daripada kematian untuk membuktikan kemenangannya ke atas dosa, kematian dan neraka (Kolose 2:15; 1 Korintus bab 15). Kerana ini, dosa kita akan diampun dan dijanji satu kediaman kekal di syurga – asalkan kita percaya kepada Yesus. Apa yang kita perlu buat ialah percaya bahawa Yesus mati untuk kita dan bangkit daripada kematian (Roma 10:9-10). Kita boleh diselamatkan dengan rahmat sahaja, melalui iman sahaja, di dalam Yesus sahaja. Efesus 2:8 mengumumkan, “Sebab karena kasih karunia kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Tuhan.”
Menyebut doa orang berdosa hanya satu cara yang ringkas untuk memberitahu Tuhan bahawa kamu bergantung kepada Yesus Kristus sebagai Penyelamat anda. Tidak terdapat perkataan ajaib yang menyebabkan pemyelamatan. Hanya kepercayaan kepada kematian dan kebangkitan Yesus yang boleh menyelamatkan nyawa anda. Kalau kamu menyedar bahawa kamu adalah seorang yang berdosa dan perlukan penyelamatan melalui Yesus Kristus, di sini bolehlah kamu berdoa kepada Tuhan: “Tuhan, saya tahu bahawa saya adalah seorang yang berdosa. Saya tahu bahawa saya akan menerima hukuman kerana berdosa. Walaubagaimanapun, saya percaya kepada Yesus sebagai Penyelamat saya. Saya percaya bahawa kematian dan kebangkitan Yesus mampu mengampun dosa saya. Saya percaya kepada Yesus dan hanya Yesus sebagai Penyelamat dan Tuan peribadi saya. Terima kasih Tuhan, kerana sudi menyelamat dan mengampun dosa saya. Amen.”
Adakah anda sudah membuat keputusan menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila klik ikon “Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini” di bawah.
Balik kepada laman bahasa Melayu
Apakah dia doa orang berdosa?
|