Dinosaur dan Kitab Injil
 
 

Apa yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai dinosaur? Terdapatkah dinosaur di dalam Kitab Injil?



Soalan: Apa yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai dinosaur? Terdapatkah dinosaur di dalam Kitab Injil?

Jawapan: Topik dinosaur di dalam Kitab Injil adalah salah satu debat yang besar di antara komuniti Kristian berkurun-kurun lamanya, interpretasi buku Kejadiaan yang betul, dan bagaimana mentaksir bukti-bukti fizikal yang ditemui. Mereka yang percaya bahawa bumi ini lebih tua daripada sejarah Kitab Injil setuju bahawa Kitab Injil tidak kata tentang dinosaur, kerana mengikut pandangan mereka, dinosaur sudah mati berjuta-juta tahun dahulu sebelum manusia pertama wujud di bumi. Orang yang tulis Kitab Injil tidak berpeluang tengok dinosaur sendiri.

Mereka yang percaya bahawa bumi ini lebih muda setuju bahawa Kitab Injil ada kata tentang dinosaur walaupun ia tidak guna perkataan “dinosaur”. Sebaliknya, ia guna perkataan Hebrew “tanniyn”. Tanniyn diterjemah dalam beberapa cara di dalam English; kadang kala sebagai “raksaksa laut”, kadang kala sebagai “ular besar”. Biasanya ia diterjenah sebagai “naga”. Tanniyn rupanya ialah satu jenis reptail yang besar. Makluk ini disebut tiga kali dalam Perjanjian Lama dan dijumpai di laut dan juga tanah.

Reptail besar disebut lebih kurang tiga puluh kali di dalam Perjanjian Lama, Kitab Injil menghuraikan beberapa makluk dengan cara yang serupa dengan huraian tentang dinosaur, mengikut pendapat pakar-pakar tertentu. Behemoth dikatakan makluk ciptaan Tuhan yang paling kuat, satu raksaksa yang ekornya sebesar pokok cedar (Ayub 40:15). Ada juga cendekiawan cuba menyamakan Behemoth dengan gajah atau hippopotamus. Tetapi ada orang berpendapat bahawa gajah dan hippopotamus menpunyai ekor yang kecil, tidak dapat berbanding dengan pokok cedar. Dinosaur seperti Brachiosaurus dan Diplidocus mempunyai ekor yang besar seperti pokok cedar.

Hampir semua tamadun lama mempunyai seni yang menggambarkan makluk reptail yang besar. Petroglyphs, barangan buatan manusia dan alat-alat tanah liat yang dijumpai di Amerika Utara merupakan gambar rajah dinosaur modern. Ukiran batu di Afrika Selatan menggambarkan manusia menunggang Diplidocus dan, kagumnya, makluk itu juga serupa dengan Triceratops, Pterodactyl dan Tyrannosaurus Rex. Mosaics Roman, seni tembikar Mayan dan dinding bandar Babylonian semuanya menunjukkan pikatan manusia dengan makluk besar ini. Cerita Marco Polo di dalam I1 Milione mengenai makluk besar yang membawa harta besar. Berita mengenai dinosaur pada masa sekarang selalu tidak dipercayai.

Selain daripada bukti-bukti sejarah manusia mengenai kewujudan dinosaur bersama manusia, terdapat juga bukti fizikal yang lain, seperti jejak kaki manusia dan dinosaur yang dijumpa di Amerika Utara dan Bahagian tengah barat Asia.

Oleh itu, terdapatkah dinosaur di dalam Kitab Injil? Perkara ini belum dapat diselesaikan. Ia bergantung kepada bagaimana kamu melihat pada bukti-bukti berkenaan dan dunia disekeliling kamu. Di GotQuestions.org kami percaya kepada interpretasi bumi muda dan terima bahawa dinosaur dan manusia pernah wujud sekali. Kami percaya bahawa dinosaur mati selepas Banjir Besar disebabkan oleh perubahan cuaca alam sekitar ataupun mereka diburu dan dibunuh oleh manusia.



Balik kepada laman bahasa Melayu

Apa yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai dinosaur? Terdapatkah dinosaur di dalam Kitab Injil?