Kitab Injil Kristian Bunuh Diri
 
 

Apa pendapat kristian terhadap pembunuhan diri? Apa yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai pembunuhan diri?



Soalan: Apa pendapat kristian terhadap pembunuhan diri? Apa yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai pembunuhan diri?

Jawapan: Mengikut Kitab Injil, adakah seseorang membunuh diri tidak akan menentukan samada dia masuk syurga atau tidak. Jika seorang yang belum diselamat membunuh diri, dia hanya mempercepatkan process masuk neraka. Orang yang membunuh diri akan masuk ke dalam neraka jika mereka tidak menerima Yesus sebagai Penyelamat, ini bukan disebabkan pembunuhan diri. Kitab Injil menulis tentang empat orang yang bunuh diri, iaitu: Saul (1 Samuel 31:4), Ahithophel (2 Samuel 17:23), Zimri (1 Raja-raja 16:18), and Judas (Matius 27:5). Mereka adalah jahat dan berdosa. Kitab Injil anggap pembunuhan diri sebagai keganasan membunuh – iaitu menamatkan nyawa sendiri secara salah. Hanya Tuhan berhak menentukan bila dan bagaimana seseorang akan mati. Merampas kuasa ini daripada Tuhan adalah satu kesalahan pengkufuran.

Apa yang dikatakan oleh Kitab Injil tentang Kristian yang bunuh diri? Saya tidak percaya seorang Kristian yang bunuh diri akan pergi ke neraka. Kitab Injil mengajar bahawa pada masa seorang betul-betul percaya kepada Yesus Kristus dia serta-merta diselamatkan selama-lamanya (Yohanes 3:16). Mengikut Kitab Injil, Kristian boleh percaya dengan pasti bahawa mereka mempunyai kehidupan abadi tidak kisah apa yang berlaku. “Semuanya itu kutuliskan kepada kamu, supaya kamu yang percaya kepada nama Anak Tuhan, tahu, bahwa kamu memiliki hidup yang kekal.”(1 Yohanes 5:13). Tiada apa yang boleh pisahkan Kristian daripada kasih Tuhan. “Sebab aku yakin, bahwa baik maut, maupun hidup, baik malaikat-malaikat, maupun pemerintah-pemerintah, baik yang ada sekarang, maupun yang akan datang, atau kuasa-kuasa, baik yang ada di atas, maupun yang di bawah, ataupun sesuatu makhluk lain, tidak akan dapat memisahkan kita dari kasih Tuhan, yang ada dalam Kristus Yesus, Tuhan kita” (Roma 8:38-39). Kalau tiada apa yang dicipta boleh pisahkan Kristian daripada Tuhan, maka Kristian yang bunuh diri ialah benda dicipta dan tidak akan pisahkan Kristian yang bunuh diri itu daripada Tuhan. Yesus mati untuk kita, kalau seorang Kristian yang jujur bunuh diri disebabkan dia lemah – maka dosa itu juga akan diampun oleh Tuhan.

Ini bukan kata pembunuhan diri ialah satu dosa yang serius di dalam mata Tuhan. Mengikut Kitab Injil, pembunuhan diri ialah dosa. Orang yang kata dia ialah seorang Kristian yang jujur tetapi masih bunuh diri, kepercayaannya mesti ada masalah. Tiada alasan yang betul boleh membenarkan seorang Kristian membunuh diri. Kristian disuruh hidup untuk Tuhan dan bukannya bunuh diri. Kematian kita adalah di tangan Tuhan sahaja. Satu gambaran tentang pembunuhan diri ialah kisah dalam buku Esther. Di Persia, seorang yang datang ke depan Raja tanpa keizinan dan jenputan Raja akan dihukum mati kecuali Raja mengampunkannya. Kalau Kristian membuat secara paksaan hendak mati dan jumpa Tuhan sebelum masa yang ditentukan oleh Tuhan, dia masih terselamat tetapi Tuhan tidak setuju dengan cara ini. Ayat di 1 Korintus 3:15 dengan kehampiran menghuraikan kedudukan Kristian yang bunuh diri sebagai “Jika pekerjaannya terbakar, ia akan menderita kerugian, tetapi ia sendiri akan diselamatkan, tetapi seperti dari dalam api.”



Balik kepada laman bahasa Melayu

Apa pendapat kristian terhadap pembunuhan diri? Apa yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai pembunuhan diri?