Apakah dia Kristian?
Soalan: Apakah dia Kristian?
Jawapan:
Kamus Webster mentakrifkan bahawa Kristian ialah “seorang yang menyatakan kepercayaannya kepada Yesus sebagai Kristus atau percaya kepada sesuatu agama yang berdasarkan ajaran Yesus”. Walaupun ini merupakan satu permulaan yang baik untuk memahami makna Kristian, tetapi ianya hanya definasi secular, ia belum dapat menerangkan makna Kitab Injil dengan tepat lagi.
Perkataan Kristian digunakan tiga kali di dalam Kitab Injil (Kisah Para Rasul 11:26, 26:28, 1 Petrus 4:16). Pengikut-pengikut Yesus Kristus pertama kali dipanggil “Kristian” di Antioch (Kisah Para Rasul 11:26) kerana kelakuan, aktiviti dan percakapan mereka seperti Kristus. Asalnya gelaran Kristian itu adalah digunakan oleh orang yang tidak percaya Kristus di Antioch untuk mengetawakan Kristian. Makna harafiahnya ialah “orang yang memihaki parti Kristus” atau “pengikut Kristus”, cara definasi itu sangat serupa dengan definasi kamus Webster.
Malangnya, perkataan “Kristian” telah kehilangan makna asalnya dan selalu digunakan ke atas orang yang menunjuk-nunjukkan perbuatan agamanya yang bermoral itu tetapi bukan untuk mereka yang dilahirkan semula dan mengikut ajaran Yesus dengan betul dan ikhlas. Ramai orang yang tidak percaya kepada Yesus menganggap mereka Kristian semata-mata mereka ada pergi ke gereja ataupun hidup di negara Kristian. Tetapi, menghadiri gereja, berkhidmat untuk orang yang malang nasib, atau menjadi orang yang baik dan bermoral tidak menjadikan kamu Kristian yang benar. Seorang evangelist berkata, “Pergi ke gereja tidak menjadikan kamu Kristian adalah seperti pergi ke bengkel kereta tidak menjadikan kamu kereta.” Kamu tidak akan menjadi Kristian disebabkan menyertai gereja, menghadiri servis gereja dengan tetap, dan menjadikan kerja-kerja gereja.
Kitab Injil berkata kerja kebajikan yang kita buat tidak akan mendapat rahmat Tuhan. Titus 3:5 berkata, “pada waktu itu Dia telah menyelamatkan kita, bukan kerana perbuatan baik yang telah kita lakukan, tetapi kerana rahmat-Nya oleh permandian kelahiran kembali dan oleh pembaharuan yang dikerjakan oleh Roh Kudus.” Jadi, Kristian ialah seorang yang dilahirkan semula ole Tuhan (Yohanes 3:3, 3:7, 1 Petrus 1:23) dan percaya kepada Yesus sepenuhnya. Efesus 2:8 berkata, “Sebab kerana kasih karunia kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Tuhan.” Seorang Kristian yang benar ialah orang yang menyesali dosanya dan percaya kepada Yesus sahaja. Kepercayaan mereka bukan mengikut satu set kod moral atau menganut agama tertentu, atau mempunyai satu senarai perbuatan yang boleh dilakukan atau diharamkan.
Seorang Kristian yang benar ialah orang yang percaya kepada Yesus Kristus dan bersetuju dengan hakikat bahawa Dia mati di atas salib sebagai pampasan kepada dosa manusia dan bangkit semula pada hari ketiga sebagai bukti bahawa Dia telah berjaya mengatasi kematian dan mampu memberi hidup kekal kepada mereka yang mempunyai iman di dalamNya. Yohanes 1:12 berkata, “Tetapi semua orang yang menerima-Nya diberi-Nya kuasa supaya menjadi anak- anak Tuhan, yaitu mereka yang percaya dalam nama-Nya;” Seorang Kristian yang benar ialah anak Tuhan, sebahagian daripada keluarga Tuhan, dan seorang yang mempunyai nyawa baru di dalam Kristus. Tanda seorang Kristian yang baik ialah kasih sayang terhadap orang lain dan taat setia kepada kata-kata Tuhan (1 Yohanes 2:4, 2:10).
Adakah anda sudah membuat keputusan menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila klik ikon “Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini” di bawah.
Balik kepada laman bahasa Melayu
Apakah dia Kristian?
|