Adakah Allah mengubah fikiranNya?




Soalan: Adakah Allah mengubah fikiranNya?

Jawapan: Maleakhi 3:6 menyebutkan, "Akulah TUHAN, Aku tidak berubah. Oleh itu kamu, keturunan Yakub tidak dibinasakan sama sekali." Yakobus 1:17 pula memaklumkan kita, "Setiap pemberian yang baik dan sempurna datangnya dari syurga dan diturunkan oleh Allah, Pencipta semua cahaya di langit. Dia Allah yang tidak berubah, dan Dia tidak menyebabkan kegelapan apa pun." Maksud Bilangan 23:19 pula amatlah jelas, "Allah bukan manusia, Dia tidak berdusta, Allah bukan insan, Dia tidak mengubah fikiran. Apa yang dijanjikanNya akan dipenuhiNya, apa yang difirmankanNya, pasti dilakukanNya." Tidak, Allah tidak mengubah fikiranNya. Ayat-ayat ini memberi penegasan bahawa Allah tidak berubah-ubah dan tidak dapat diubah.

Nampaknya hal ini bertunjangkan ayat-ayat lain yang telah diajar seperti Kejadian 6:6, "Oleh itu Tuhan menyesal kerana sudah menjadikan manusia dan menempatkan mereka di bumi." Dengan itu juga surah Yunus 3:10 menyebutkan, "Allah melihat perbuatan mereka; Dia nampak bahawa mereka tidak lagi berbuat jahat. Oleh itu Dia mengubah fikiranNya dan tidak melaksanakan hukuman yang dirancangkanNya terhadap mereka."

Keluaran 32:14 turut menjelaskan, "Oleh itu TUHAN mengubah niatNya dan tidak melaksanakan ancamanNya untuk menimpakan bencana kepada umatNya." Ayat-ayat ini membicarakan Tuhan "menyesali" sesuatu, dan berdasarkan ayat-ayat ini menyebutkan Allah tidak berubah. Sungguhpun demikian, analisis yang lebih terperinci menyatakan ini bukannya indikasi sebenar bahawa Allah boleh berubah-ubah. Dalam bahasa asalnya, kata "menyesal" diterjemahkan ke dalam Ibrani dengan maksud "berbelas kasihan." Menyesali keadaan tentang sesuatu hal bukan bererti perubahan yang berlaku, hal itu hanyalah menunjukkan kesedihan terhadap sesuatu peristiwa.

Pertimbangkan Kejadian 6:6 bahwa, "TUHAN menyesal kerana menjadikan manusia dan menempatkan mereka di bumi…" Seterusnya ayat ini menyebutkan,"….TUHAN begitu kecewa." Ayat ini menyebutkan Allah menyesal kerana mencipta manusia. Tetapi jelasnya Dia tidak mengubah keputusanNya. Sebaliknya melalui Nuh dijanjikanNya manusia tetap wujud. Kenyataan bahawa kita masih hidup sekarang ini membuktikan Allah tidak mengubah fikiranNya dalam menciptakan manusia. Dari segi konteks ayat ini juga yang menggambarkan keadaan hidup manusia dalam dosa, dan dosa merekalah yang menyedihkan Allah, bukan kerana kewujudan manusia. Pertimbangkan yang disebut oleh Yunus 3:10, "….Dia nampak bahawa mereka tidak lagi berbuat jahat. Oleh itu Dia mengubah fikiranNya dan tidak melaksanakan hukuman yang dirancangkanNya terhadap mereka."

Menyesal di sini adalah perkataan yang sama dalam bahasa Ibrani yang bermaksud, "berbelas kasihan." Mengapa Allah berbelas kasihan kepada golongan Niniwe? Disebabkan mereka bertaubat, hasilnya mereka berubah daripada tidak taat kepada menjadi taat. Allah memang konsisten. Allah akan menghukum Niniwe di atas kejahatan mereka. Namun, Niniwe telah menyesal dan mengubah gaya hidup. Hasilnya, Allah ihsan terhadap Niniwe, inilah konsisten dengan karakterNya.

Roma 3:23 mengajar bahawa semua orang berdosa tidak memenuhi piawaian Allah. Roma 6:23 pula menyatakan konsekuensi kesemua ini adalah kematian (rohani dan jasmani). Justeru golongan Niniwe layak dihukum. Setiap daripada kita turut mengalami situasi yang serupa disebabkan pilihan manusia untuk berdosa maka memisahkan kita dari Allah. Manusia tidak dapat membebankan Allah menanggung kesulitan mereka. Disebabkan itu bertentangan dengan karakter Allah kalau-kalau Dia tidak menghukum orang Niniwe ketika mereka sedang berdosa. Namun begitu mereka kembali taat, dan disebabkan itu Allah tidak ingin menghukum mereka sebagaimana rancangan awalNya. Apakah perubahan golongan Niniwe ini memestikan Allah melakukan rancanganNya? Tidak sama sekali! Allah tidak mempunyai tanggungjawab kepada manusia. Allah baik dan adil, lantaran Dia tidak menghukum orang Niniwe disebabkan perbuatan mereka itu. Serba sedikit daripada ayat ini menunjukkan bahawa Allah itu berubah demi menyelamatkan orang-orang Niniwe, jika tidak ia bertentangan dengan sifat Allah.

Surah-surah Alkitab yang memperlihatkan Allah seolah-olah "berubah fikiranNya" adalah kemampuan manusia untuk menggambarkan tindakan Allah.Allah ingin melaksanakan sesuatu, tetapi sebaliknya Dia melakukan perkara lain. Bagi diri kita, hal seperti ini berubah. Bagi Allah pula itu bukanlah perubahan. Dia selalu mengetahui apa yang ingin dilakukanNya. Allah juga mengetahui sesuatu yang Dia harus laksanakan ialah untuk menjadikan manusia agar melakukan apa yang Dia inginkan. Allah mengugut hendak membinasakan Niniwe, Dia mengetahui bahawa hal itu akan menjadikan Niniwe bertaubat. Allah mengugut hendak membinasakan Israel, dan mengetahui bahawa Musa akan berdoa syafaat bagi mereka. Allah tidak menyesali pertimbanganNya, tetapi sedih disebabkan respons sebahagian daripada orang terhadap pertimbanganNya. Allah tidak mengubah fikiran tetapi bertindak secara konsisten sesuai dengan firmanNya sebagai respons bagi tindakan kita.



Balik ke laman bahasa Melayu

Adakah Allah mengubah fikiranNya?